Day 6| Thursday | 1 May 2014
Day 6 : Delft ---> Keukhenhof ---> Leiden
Hari ini, kami mulakan jadual perjalanan dengan pergi ke pasar tani dekat Delft yang diadakan pada setiap hari Khamis. Salah satu tempat wajib dikunjungi semasa berjalan ke negara orang iaitu melawat pasar. Best pergi pasar ni, sebab macam-macam kita boleh jumpa dan sedikit sebanyak dapat lah kita lihat cara hidup masyarakat setempat.
Perjalanan diteruskan ke pasar tani Delft. Paling best pergi pasar dekat Delft ni ialah ada stroopwafel yang masih panas-panas dijual. Sedap! Boleh la tengok macam mana penghasilan stroopwafel. Sorry gambar lupa nak ambil sebab leka tengok macam mana buat sambil makan.
Pemandangan dari rumah Miss A untuk ke bandar Delft
Kalau dapat rumah sebuah macam ni!
Sebelum pergi pasar, Miss A bawa kami ke tempat lepak petang-petang makan ice cream sambil bagi makan itik. Nama tempat ini ialah The Eastern Gate atau dalam bahasa Dutch Oostpoort. Pintu masuk ke kawasan Delft lah kiranya. Semua kapal perlu melalui Oostpoort ni.
Pemandangan dari tempat duduk ditepi canal
Dalam ini ada rumah tempat tinggal orang yang jaga Oostpoort ni. Boleh masuk juga kalau nak tapi kami skip benda ni sebab banyak agenda lain hari ini.
Inilah pasarnya.
Ini ialah City Hall, Delft. Macam biasa old town planning diorg sama je ada City Hall, big open space (tempat yang dibuat pasar tani) dan church. Dibina pada tahun 1618-1620.
Antara barang yang dijual
Macam-macam jenis roti ada dekat sini
Pemandangan biasa di negara Belanda
Antara kedai yang terdapat disekitar kawasan pasar
Ini ialah pintu masuk ke old church atau Oude Kerk
Parking dekat kawasan canal ni sungguh mencabar rasanya.
Silap budget boleh masuk terus dalam canal
Antara canal yang terdapat di kawasan bandar Delft
The smallest museum in Delft, display dia akan sentiasa bertukar-tukar.
Kami jalan-jalan sekitar bandar Delft ini lebih kurang dalam 3 jam lebih la. Ada banyak lagi tempat macam Istana William the Orange, Museum Nusantara dan kami juga sempat singgah di pasar yang menjual barangan antik. Selepas babai kepada Miss A yang nak pergi office, perjalanan diteruskan ke ladang bunga tulip yang terkenal di dunia, iaitu keukenhof.
5 comments:
wah cantik pemandangan..selamat berpuasa..
MKL,
Ramadhan Kareem! Selamat berpuasa juga.
The Natherlands mmg sangat cantik dan menarik.
Hup Holland Hup! #worldcup
suka tgk canal kat sana BERSIH...bila tgk kat msia..huhuh SEDIH!!!
JM,
Memang cantik bandar-bandar dekat The Netherlands ni..tp kalau JM datang nnt jgn la ingat negara ni bersih macam Jepun or Korea. Sudah semestinya tidak..hehe
Aku setuju denga Dayah. Tahap kebersihan dia biasa-biasa aje cuma canal dia je lah tak ada sampah. Nak compare dengan korea & jepun tak boleh sebab aku tak sampai lagi :)
Catat Ulasan