Ahad, 8 Jun 2014

Spring Break 2014 : Blaakse Bos Forest, Rotterdam

Tuesday | 29 April 2014
Day 4 : Rotterdam ---> Cube Houses

Direkabentuk oleh Arkitek Piet Blom pada tahun 1984. Projek ini merupakan projek kedua untuk rekabentuk sebegini bagi Pak cik Piet ini. Yang pertama dibina di Helmond. Tapi yang famous dekat Rotterdam ini. Brief projek ialah to built unusual bridge over the busy arterial road between Blak and Oude Haven. Maka terhasillah rekaan bangunan Cube Houses atau juga dikenali dengan nama Blaakse Bos forest ini. Kalau mahu melihat bahagian dalam rumah ini boleh ke rumah ber no.70 yang dijadikan museum. Juga terdapat beberapa unit yang dijadikan hostel.

Mari kita lihat bangunan ini secara lebih dekat lagi. Tapi bahagian luaran saja ye. Sebab kitorg pun tak masuk dalam. Masa kitorg datang, pintu museum kunci. Makanya, hanya jalan-jalan dekat sekitar luar saja.

Pandangan dari sebelah station Blaak. Untuk sampai sini dengan berjalan kaki dari Centraal Station tidak lah jauh mana pun. Boleh la melalui kawasan open market diorg, cuci mata tengok kedai.


Salah sebuah rumah. Design dia macam rumah yang berada di atas pokok.

Jom naik tangga, kita masuk tengok macam mana kawasan kejiranan ini.

Ada beberapa courtyard dibahagian tengah. Pencahayaan yang sangat bagus, tapi dalam masa yang sama masih ada privasi setiap penghuni.

Antara salah satu courtyard. Terdapat juga kedai dibahagian courtyard

Comel tingkap dekat bahagian atas itu

Tangga untuk masuk ke rumah

Pandangan sisi rumah

Boleh la lepak dekat sini malam-malam tengok bintang


Gambar diambil dari kawasan Oude Haven yang ada kapal dan deretan cafe

Location: Rotterdam, The Netherlands

6 comments:

Azra berkata...

unique sangat building ni.. dari luar nampak mcm slightly slanted ke depan ... i wonder cemane rupe kat dlm

hidayahrodhi berkata...

Azra,
Ada image dalam carian gugel, hehe..tp kalau berpeluang pergi jgn lupa cerita dkt blog :)

Jari Manis berkata...

Nasib baik dah di jadikan musuem..teringin sgt nk tgk dekorasi kt dalam tu..mcm mana agaknya ek..nasi x baik sbb tutup..kalau x mesti Dayah dh kongsi kat sini..nampaknye perlu pegi sendiri le kalau nk tgk dalam tu..harap2 lah dorang bukak kalau time JM pergi berkunci jgak...melopong lah jawabnya

Hamoi JM..ckp mcm nak pegi 2-3 bln lagi je..hiks...tggu Azra pegi dulu lah heee

hidayahrodhi berkata...

JM,
itulah kurang bernasib baik..tak pe berangan free je JM tiada bayaran dikenakan..haaaa cpt2 siapa pergi dulu kena buat entry wajib utk interior bangunan ni. WAJIB tau bukan HARUS.

Rei berkata...

dalam cite jackie chan kut umah2 yg camni. menarik

hidayahrodhi berkata...

Hai Rei,
Owh yeke..x pernah perasan pulak cerita dia yg mana satu.

mmg menarik, kalau dpt masuk dalam mesti lagi best.