Day 4 : Rotterdam -- > Den Haag
Hari ke-4 ini, cuaca masih tidak menyebelahi kami. Masih berwarna kelabu. Tapi hati kami masih berwarna warni tidak sabar mahu melihat bandar lain pula di negara yang mana penduduknya yang berketinggian 1.88m puratanya. (terasa sungguh kerdil bila berselisih dengan diorg ini).
Meneruskan penjelajahan hari ini ke bandar Rotterdam. Bandar ini merupakan bandar paling ramai umat Islam katanya. Sampai datuk bandar pun orang Islam. Tapi ini bacaan beberapa tahun yang lalu lah, kalau sudah tukar. Mohon maaf.Ini kalilah! Eh.
Bandar Rotterdam merupakan satu-satunya bandar di Belanda yang mempunyai banyak bangunan pencakar langit dan modern. Salah satu adalah disebabkan kehancuran bandar lama semasa perang dunia pada tahun 1940, dimana bandar Rotterdam telah diserang oleh tentera German. Untuk kisah lebih terperinci sila lah ke Rotterdam Blitz. Malas pula nak cerita sejarah. Korang baca lah sendiri ye. Ingat, membaca jambatan Ilmu. Hashtag.tibatiba.
Sebelum melangkah keluar dari train station, kami beli dulu walking map dekat information yang berharga 1.50 euro. Rancangnya memang hendak berjalan kaki sahaja pada hari ini. Maka perjalanan dimulakan berpandukan map yang dibeli tadi.
Info siapa yang merekabentuk semua bangunan ini memang dah tertulis dekat dalam walking map yang dibeli tadi. Memang tak kuasa akak nak ambik tahu semua nama pereka bentuk setiap bangunan ini kan. Kalau yang glamour itu, memang lah kenal cuma diorg je lah tak kenal akak kan.Mesti best jadi arkitek dekat sini, sampai info macam ini pun dimasukkan dalam map tourist.
Banyak pula gambar, next entry lah cerita bangunan yang wajib dikunjungi bila dah sampai ke Rotterdam.

Dibahagian hadapan Rotterdam Centraal Station
Untuk info, bangunan station ini siap pada Februari 2014 dan dibuka pada March 2014
Bangunan bersebelahan dengan Centraal Station
Antara laluan tram ke station. Hijau cantik je rumput
Sepanjang laluan, memang banyak bangunan highrise. Sangat berbeza dengan pemandangan semalam
Suka betul diorg dengan design bucu-bucu yang tajam macam ini
Schouwburgplein, nama dia. Macam mana gaya nak sebut jangan tanya lah. Direkabentuk oleh Andriaan Geuze. Square ini sebetulnya ialah bumbung car park.
Antara tarikan pelancong di bandar ini. Deretan cafe sambil boleh tengok kapal-kapal lama yang dipamerkan disini.
Banyak kapal dekat sini, dekat depan ada diletakkan papan info setiap kapal disini. Nampak tak bangunan kuning dekat hujung itu, itulah bangunan yang paling mahu dilihat di bandar ini. Antara bangunan yang menjadi impian untuk dilihat dengan mata sendiri semasa bergelar student dah boleh strikethrough!
Ini adalah Witte Huis, dibina pada tahun 1898 oleh Arkitek W.Molenbroek. Merupakan bangunan tertinggi yang pertama di Europe. Highrise yang guna load-bearing walls. Rekabentuk berciri kan Art Nouveau. Antara bangunan yang terselamat daripada serangan perang daripada Germany.
Antara bangunan yang boleh dilihat sebelum melalui Swan Bridge
The Swan Bridge atau Erasmusbrung yang menghubungkan bahagian selatan dan utara bandar Rotterdam. Direkabentuk oleh Arkitek Ben van Berkel pada tahun 1996.
Info siapa yang merekabentuk semua bangunan ini memang dah tertulis dekat dalam walking map yang dibeli tadi. Memang tak kuasa akak nak ambik tahu semua nama pereka bentuk setiap bangunan ini kan. Kalau yang glamour itu, memang lah kenal cuma diorg je lah tak kenal akak kan.Mesti best jadi arkitek dekat sini, sampai info macam ini pun dimasukkan dalam map tourist.
Banyak pula gambar, next entry lah cerita bangunan yang wajib dikunjungi bila dah sampai ke Rotterdam.
2 comments:
Hai...takkan pegi Rotterdeam pergi nengok bangunan jew...hhehehe...yang pasti semua bangunan kt sana unik dan cantik..dah jadi architect mestilah kreatif kan...ni Dayah ni mestlah salah sorang architect jugak kan :-)
JM,
eh! ha ah la, dkt town ni dok berjalan kaki tengok bangunan je..hehe, nak buat mcm mana dah kerja arkitek mmg suka tgk bangunan..lepas tu tunjuk gambar dkt org lain sure akan kena soalan, mana gambar ko posing2 tak de ke? hehehe
Sbb tu selesa jalan dgn kawan2 sealiran sbb semua pun sama...kalau ada yg tak sama kesian pulak dekat dia kan kena heret tgk bangunan..mesti boring dia kata trip mcm ni..hehehe
Catat Ulasan