Selasa, 10 Jun 2014

Spring Break 2014 : De Rotterdam by Rem Koolhaas


Tuesday | 29 April 2014
Day 4 : Rotterdam ---> De Rotterdam

'De Rotterdam' - with its 600,000 m2 of office space, hospitality and catering covering around 1,500 m2, a four-star lifestyle hotel with conference and event facilities and 280 rooms, a car park with space for 670 vehicles, 240 apartments and leisure facilities will be a vertical city on the Wilhelmina Pier. The building at the foot of the Erasmus Bridge is already an unmissable feature of Rotterdam's skyline. Sumber : De Rotterdam


Pandangan dari seberang. Masa ketika ini, hujan renyai-renyai sudah turun. Tapi konsep hujan renyai diorg ini macam percikan air je. Tapi yang tidak tahan ialah kesejukkan bila air hujan dan angin bersatu. Tapi kami gighkan juga menyusuri jambatan untuk melihat bangunan ini dengan lebih dekat.




Pandangan dari atas jambatan The Swan. Rekabentuk macam ini memang tidak akan ada negative space. Ingat lagi masa Studio highrise, kena design office building. Bila pergi present and crit session Prof suruh bahagi kepada beberapa tenant. Kalau tidak boleh bahagi lebih daripada enam tenant jawabnya design kena reject. Re-do!

Zoom sikit!

Disebabkan ketahanan badan pada keadaan sejuk amatlah tidak tinggi, maka kami tidak melepak lama disini. Kami terus berpatah balik ke bridge dan menuju ke jalan pulang semula ke Centraal Station tetapi melalui jalan yang lain.

Tajam betul kau ni.


Plaza bersebelahan dengan jambatan.


Selain berguna sebagai papan tanda, ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menambat basikal. Tiada saman dikeluarkan.


Antara bangunan yang terdapat di sekitar tepi sungai di bandar Rotterdam.


Kasihnya Ibu (rasanya burung ini tengah bagi anak dia makan kan?)

---------------------------------------------------------------
Drama #2 :

Semasa kami sedang berjalan dikawasan ini. Tiba-tiba datang seorang pemuda menegur kami. Katanya dia juga pelancong. Berasal daripada Italy. Dia tanya dekat mana nak cari restaurant berdekatan. Kami pun jawab yang kami juga kurang pasti. Dia minta nak tengok map yang saya pengang sebab lain katanya daripada dia punya.

Malas nak layan sebenarnya, tapi macam kesian pulak. Bagi jek lah sambil tunjuk dekat dia dekat mana kita berada sekarang. MrsH masa ni dia tengah sibuk ambil gambar dekat sebelah. Tiba-tiba datang dua orang pemuda sambil tunjuk card, cakap :

"We are policeman. Please get behind the van", sambil tangan tunjuk van yang berada dihadapan kami.

Mamat tadi terus lah pergi di tepi van tersebut. Saya terus menjerit panggil MrsH. Dia pun datang dengan muka keliru. Abang polis tu tanya lagi :

"Are you too with him?" sambil tunjuk mamat Italy tadi. "No sir, i'm with her. Only two of us"

"Please show me your passport and your money" Eh, macam pelik jek nak tengok duit ni. Dahla tak pakai baju police kan. 

Kitorg masa ni buat-buat lambat la nak bukak beg cari passport dengan duit. Mamat Italy terus keluarkan passport dia dengan purse. Sorang check passport. Sorang lagi keluarkan duit. Banyak gila duit mamat Italy ni berkeping-keping 50 euro dia. Diorg ini siap hidu-hidu duit mamat ini. 

"Thats my money!" mamat italy tu dah muka cuak bila tengok polis tu ambik keluarkan semua duit dia. 

Lepas diorg dah puas hati dengan mamat tadi. Diorg bagi la balik passport dgn purse dia. Masa ini ok lah sikit sebab dah dipulangkan duit mamat tu. Jadinya confident la sikit nak keluarkan kitorg punya pula kan. Masa ini MrsH cakap, kalau diorg ambik duit mamat ini, aku memang akan tarik tangan kau lari sekuat hati!

Bila dia tengok passport Malaysia, terus dia tengok muka. 

"Owh from Malaysia. Nice country and nice people"

Bila kitorg keluarkan duit. Memang terus lah sorang ni tanya. "Thats all?"

Hahaha harusla dia tanyakan. Sebab masing-masing keluarkan sorang 60euro je. Sebab duit yang selebihnya kami tinggalkan dekat rumah Miss A dan juga sedikit dalam pouch dalam baju. Tak kuasa nak keluarkan. Mesti dia cakap, miskin rupanya budak dua orang ini.

Lepas dia pulangkan semua barang. Baru diorg bagitau yang diorg tengah dalam operasi duit haram dan tengah membantras drug dealer. OMG muka kitorg ni muka pengedar dadah kah! Yang kelakar mamat italy tu terus blah jalan laju-laju takut. Sebelum bersurai, sempat la mamat polis ini cakap 

Have a nice holidays! - Ha iyolah, cuak kot dah masa ini. Sebab takut bukan polis je. Kalau bebetul polis ok je. Tapi still la cuak juga walaupun diorg polis betul kan.
---------------------------------------------------------------
Lepas kena soal siasat, kami terus berkeputusan untuk makan dan tenangkan perasaan. Mengganggu emosi nak bersiar-siar betul! Pasal makanan Halal dekat sini tak payah risau. Sungguh banyak kedai halal. Pilih je mana yang berdekenan di hati. 

Basikal di Rotterdam


Antara canal yang terdapat di sekitar kawasan

Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Centraal Station untuk meneruskan penjelajahan ke bandar Putrajaya Netherlands iaitu Den Haag
Location: Rotterdam, The Netherlands

5 comments:

Azra berkata...

hadoiii la cuak gile bace citer polis mintak check passport ngan duit tu ... buatnye pencopet, mmg haru laa.. cuak lakss aku nak pi berjalan solo molo nanti

hidayahrodhi berkata...

Azra,
Itulah tp kami syak sbb mamat italy tu nampak agak blur sebab mayb dia tgh high kot..lepas high kan lapar..sbb tu dia pulun mencari kedai makan.
In Sha Allah, kalau sorg2 kena elak bercakap dgn org yg mencurigakan je..nak tanya info lebih baik masuk kedai je tanya org kedai lebih selamat.

Bibie Karim berkata...

Bneda paling aku risau bila polis datang dekat. Nak lagi kalau orang xpakai uniform tapi ngaku polis. Huhu cuak super gaban. Sibaik korang keluarkan sikit je tapi sian ah mamat Italy tu. Mesti dia pun gerun nak tanya orang sembarangan lepas tu. Aku memula ingat mamat tu memang ada buat salah hahaha.

Jari Manis berkata...

mmg drama betul..siap hidu2 lagu tu duitnya...boelh tahu ke duit palsu lepas hidu..kalau JM sorang entah mcm mana..boleh terkencing kat situ..nasib baik bawak x byk..bagus jgk idea tu leh tggal kat umah member..kalau stay kat hotel?..huhuh

hidayahrodhi berkata...

Bibie,
Ha ah..mmg cuak kot masa itu..tp bila dia pulangkan duit and passport mamat tu, lega la sket hati..Tp muka mamat tu mmg cuak habis, kawan plak cakap muka aku senyum2..senyum diluar cuak didalam.hehe

JM,
diorg hidu sbb nak bau dadah kot..hihi..kesian kan muka pengedar dadah kami ini. Duit kitorg slalu simpan dlm baju beli travel pouch yg mcm belt tu.in sha Allah selamat.