Isnin, 7 Julai 2014

Spring Break 2014 : Antwerp, Belgium

Day 7 | Friday | 2 May 2014

Day 7 : Delft ---> Rotterdam ---> Antwerp ---> Brussels

Perjalanan hari ke-7 dimulakan seawal jam 7.00 pagi. Dari Delft kami perlu ke Rotterdam untuk menaiki train ke Antwerp. Harga train dari Delft ke Rotterdam ialah 3.20 Euro dalam masa 13 minit, manakala train dari Rotterdam ke Antwerp ialah 18.40 Euro. Ada banyak train ke Antwerp, tapi pastikan anda mengambil train direct yang tidak perlu singgah di Roosendaal. Train ke Antwerp ini kami beli dari Malaysia. Hanya print daripada email sahaja. No. seat tidak diberikan kerana ianya ialah free seating. Perjalanan mengambil masa selama 1jam 9 minit. Kalau nak sampai lebih cepat iaitu 32 minit sahaja sila lah beli tiket train Thalys. Tapi harganya lebih mahal lah berbanding tiket Intercity biasa yang kami beli.

Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan ladang yang luas dan kuning mata memandang. Malas nak keluarkan camera, hanya capture melalui mata dan terpahat dalam memori. Wah gitew! Sepanjang 1 jam 9 minit perjalanan merentasi dua buah negara, langsung tiada pekerja yang datang untuk check tiket. Senang betul nak larikan diri dalam Europe ini ye.

Sampai dekat Antwerp Centraal perkara pertama yang kami cari ialah locker untuk simpan beg. Harga untuk satu locker besar yang boleh memuatkan 2 beg besar ialah 3.50 Euro perday. Lokasi ialah dibahagian bawah tangga. Ada banyak loker tapi yang besar ada sikit je, so kena awal la sket nak simpan beg. Sebab masa kami nak ambik kembali beg, datang sorang minah ni tanya kami nak keluarkan beg ke? bila cakap yes dia terus happy sebab locker kami besar, dia cakap nak dekat sejam lebih dia dok tunggu nak cari locker besar.

Niat dihati sebelum keluar dari Antwerp Centraal nak pergi Tourist Information, tapi ramai sangat manusia. Maka kami teruskan perjalanan dengan menggunakan instinct untuk ke Old Town Antwerp. Banyak je signboard sepanjang jalan. Ikut sahaja Insha Allah tidak akan sesat. 

Antwerp Central dari bahagian tepi


Bandar Antwerp, ye cuaca agak suram hari ini

Antara bangunan yang terdapat di tengah bandar Antwerp

Tugu peringatan. Siapa usah ditanya sebab lupa nak pergi dekat baca. Sila gugel ye.

Laluan untuk masuk ke Old Town Antwerp. Singgah Mc D untuk ke toilet. hashtag.cheapskatesejati

Tugu peringatan bagi pekerja yang membina Antwerp Cathedral, Statue of the Builders 

Dia punya pintu masuk, nala besar dan cuba tengok dia punya details.

Pembinaan dikatakan bermula sejak tahun 1352 dan melalui pelbagai rintangan

Cathedral of Our Lady, Antwerp termasuk dalam list World Heritage Sites. 

Bangunan di sekeliling  square


Kedai buku dekat kawasan square depan Cathedral

City hall dari bahagian tepi

Senibina dikawasan sekeliling tidak beza sangat dengan apa yang boleh dilihat di bandar lama dekat Belanda. Ye lah kalau diikutkan sejarah, Antwerp merupakan salah satu bandar dalam negara Dutch sebelum menjadi salah satu bandar di Belgium.

The City Hall (DutchStadhuis) of AntwerpBelgium, stands on the western side of Antwerp's Grote Markt (Great Market Square). Erected between 1561 and 1565 to the design of Cornelis Floris de Vriendt and several other architects and artists, this Renaissance building incorporates both Flemish and Italian influences...to read more

Statue of the giant's hand yang akan dilontarkan ke dalam sungai Scheldt oleh seorang pemuda yang bernama Silvius Brabo 

Ada juga disediakan kereta kuda untuk bersiar-siar dekat bandar Antwerp

Ini adalah antara tinggalan sejarah yang menunjukkan betapa suatu ketika dulu bandar Antwerp merupakan salah satu bandar yang maju. Banyak bangunan lama telah hancur akibat perang. Katakan TIDAK kepada PERANG!

Senibina disekitar City Hall

Salah satu tombol  pintu

Petanda spring telah bermula

Iolls dah sampai Antwerp uolls

Lepas kami berpatah balik ke Antwerp Centraal, misi kami adalah mencari kedai makan. Kedai makan halal sangat banyak dibahagian hadapan (kalau berdiri mengadap Antwerp Centraal ini) sebelah kanan. Sepanjang jalan penuh dengan kedai makanan halal. Pilih la nak makan yang mana satu. Kami masuk kedai Istanbul kalau tak silap nama dia. Beli kebab makan separuh, lagi separuh dihabiskan bila sampai dekat Brussels. Punya besaq kebab depa ni.

Bangunan Antwerp Central yang dibina pada tahun 1895 - 1905

Empat tingkat tinggi bangunan ini

Hall utama

Nalla besaq sungguh bangunan ni.

Lepas kami puas belek bangunan Antwerp Centraal ini, kami beli tiket untuk ke Brussels. Kami beli dekat kaunter sahaja, harga tiket ialah 7.30 Euro.  Kami perlu sampai awal dekat Brussels sebab saya dah janji nak jumpa seseorang dekat Brussels dalam jam 5 petang. Train kami bergerak menuju ke Brussels pada jam 2.26 petang dengan perjalanan selama 51 minit. 

Platform untuk ke Brussels, no.23

Video yang menjadi viral pada tahun 2010 bertempat di Antwerp Centraal.

Location: Antwerp, Belgium

0 comments: