Jumaat, 8 Ogos 2014

Spring Break 2014 : Brussles to Paris

Day 10 | Monday | 5 May 2014

Day 10 : Brussels,Belguim ---> Paris,France

Perjalanan hari ini adalah dengan menggunakan train Thalys. Jadual perjalanan adalah pada jam 11.12 pagi Disebabkan lewat pagi, kami mengambil peluang untuk rehat secukupnya pagi ini dan aktiviti breakfast dijalankan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Tapi projek tapau breakfast masih berjalan.

Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan pemandangan lebih kurang seperti perjalanan daripada negara Belanda memasuki Belgium. Tapi bila sudah menghampiri bandar yang penuh kasih sayang katanya pemandangan sudah berbeza dengan kehadiran bangunan-bangunan yang senibinanya agak berbeza dengan negara Benelux.

Sampai di Gare du Nord, kami segera beratur membeli tiket metro untuk dua hari. Harga tiket untuk 2 hari penuh perjalanan dengan menggunakan Metro,Bus dan Tram bagi zon 1-3 adalah berjumlah 17.65 euro. Jadi untuk hari ini, kami hanya menggunakan harga tiket metro yang normal iaitu 1.70 euro bagi satu perjalanan.

Seterusnya kami perlu ke Gare de I'Est untuk mengambil Metro Line Pink (7) untuk ke Jussieu dimana terletaknya rumah sewaan kami. Setelah beli tiket Metro untuk one way (1.70euro) kami selamat tiba di Jussieu. Alhamdullilah, hari yang indah menyambut kedatangan kami ke sini.


Kawasan kejiranan


Perjalanan ke rumah sewa adalah 2 atau 3 minit sahaja daripada Jussieu. Namun terjadi sedikit situasi sesat di hari pertama.

-----------------------------------------------
Drama #4

Kami sudah berjalan melebihi 10 minit dan bangunan rumah masih belum kelihatan dan juga nama jalan alamat rumah juga gagal untuk dijumpai. Sedang kami berdua cuba untuk memahami kawasan tersebut, kedengaran orang memberi salam. Rupanya rakyat negara jiran kita iaitu, Indonesia. Meminta bantuan pemuda indonesia dengan menunjukkan alamat rumah. Namun ternyata beliau juga kurang arif dengan jalan disini. Cumanya beliau berkata mungkin berada disekitar kawasan sahaja.

Kami meneruskan kembali jalan dengan keadaan sedikit was-was kerana masih kurang pasti kedudukan rumah. Kemudian kami disapa dengan Hello. Yess! ada orang yang baik hati nampaknya sedia memberikan bantuan. Gadis yang berasal daripada England rupanya, patutlah Hello yang keluar daripada mulut dia. Sangat baik hati kerana dia menggunakan apps dekat handphone dia untuk membantu kami. Rupanya dia juga baru sebulan berhijrah ke Paris untuk belajar, apps tersebut banyak membantu beliau. Tq soo very much!

Akhirnya kami berjaya sampai. Rupanya kami terlepas satu lorong selepas keluar daripada station metro.

-----------------------------------------------

Tangga yang perlu didaki semasa berada di Paris. Rumah sewa kami terletak di tingkat 4.

Penginapan untuk tiga malam di Paris adalah dibuat tempahan melalui Airbnb. Owner rumah ini adalah orang Vietnam, nama dia Hang yang bekerja sebagai NGO di Paris. Amat mudah berurusan dengan beliau melalui email. Segala pertanyaan dan persoalan bukan sahaja berkaitan dengan sewa semua info pasal Paris dijawab dengan cepat. Kami tidak perlu berjumpa dengan dia untuk mengambil kunci, semua info telah diemail. Kalau nak tengok gambar rupa bentuk rumah sewa kami untuk tiga malam boleh klik dekat link yang diberikan. Gambar memang sebijik rupa fizikal.

Pada hari kami masuk rumah, dia ada email untuk bertanyakan keadaan kami. Sekiranya semua ok atau kalau dia perlu datang berjumpa sekiranya terjadi apa-apa masalah. Alhamdulillah tiada sebarang masalah sulit yang kami perlukan bantuannya.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah, mendobi baju. Sabun telah disediakan oleh tuan rumah, tapi yang menjadi masalah nya ialah bagaimana untuk menggunakan mesin basuh dalam bahasa France. Makanya aktiviti google translate amat berguna ketika ini. Mengadap mesin basuh hampir 30 minit baru berjaya beroperasi.

Sambil memahami mesin basuh, MrsH sudah bersilat di dapur menyediakan makan tengahari kami. Selesai makan dan semua perkara wajib, kami meneruskan perjalanan hari pertama di Paris dengan misi berjalan kaki daripada rumah sewa sehingga ke Eiffel Tower. Misi ini adalah pengaruh cerita After Sunset dan juga Before Sunset yang ditonton masa zaman belajar dahulu kala.

Adakah kami berjaya atau gagal ditengah jalan?
Location: Paris, France

0 comments: