Ahad, 10 Ogos 2014

Spring Break 2014 : Paris Town Trail

Monday | 5 May 2014

Day 10 : Le Pantheon ---> Luxembourg Garden ---> Le Grand Louvre ---> Eiffel Tower

Inilah jadual perjalanan kami untuk petang hari pertama di kota Paris. Jarak perjalanan lebih kurang 10 km dengan masa yang dijangka dengan berjalan kaki (mengikut kelajuan En Gugel adalah 2 jam lebih sikit je). Sebelum sampai ke Paris lagi dah angan-angan nak berjalan menyusuri sungai La Seine seperti dalam muvie Before Sunset or After Sunset. Pengaruh media yang sungguh mendalam! Sebelum memulakan perjalanan Spring Break ini pun sanggup tengok balik 3 cerita. Lagi satu cerita nanti akan dikongsikan bersama bila tiba hari kejadian tempat pengambaran.

Baiklah, back to the topic kami memulakan langkah kaki dengan penuh ceria sebab perut sudah diisi dan cuaca yang amat baik petang ini. Misi pertama ialah Le Pantheon.

Kawasan yang kami duduki ini kalau mengikut bacaan daripada internet adalah merupakan kawasan student kerana terdapat University berdekatan dengan rumah sewa. 

Sebelum sampai Le Pantheon, kami perlu melalui bangunan ini yang dikenali sebagai Saint-Etienne-du-Mont yang merupakan gereja

Purple door

View from the front

Le Pantheon yang dibina pada tahun 1758 dan siap pada tahun 1790

2014 conservation work

Memasuki kawasan Luxembourg Garden sambil makan gelato semasa cuaca panas sejuk musim bunga adalah sungguh ohsem!

Lepak dekat kerusi disekitar taman tanpa sedar diri yang memang sudah gelap dan menjadi semakin malap


Aktiviti beramah mesra rakan taulan masyarakat Paris?atau pelancong?

Fontaine Medicis 

Oh this is so Paris


Acute angled corners in Paris, love the buildings. Tingkap dibumbung sungguh menarik dan pelbagai design



Sepanjang perjalanan, aroma roti baru keluar daripada pembakar sungguh merbak baunya

Notre Dame de Paris atau Our Lady in Paris

Meneruskan langkah kaki menyusuri sungai

Niat dihati esok petang kami mahu membawa bekal untuk melepak dekat kawasan hujung tebing atas ni malang sekali esoknya hujan turun disebelah petang.

Nama pun dah kota cinta, kalau ada pagar haruslah dikunci. Penuh kunci hati di jambatan ini.

Sampai sudah destinasi seterusnya

Musee du Louvre

Bila dah sampai sini banyak la orang yang datang berjualan murah keychain dan cenderahati Paris. Boleh tawar semurah yang mungkin. Kami berjaya juga turunkan harga dan dapat free gift serta beberapa tawaran lagi. Tapi kami tolak dengan baik, cuma beli secukupnya untuk kenangan kepada kawan dan diri sendiri. Tapi perlu berwaspada! Mereka sentiasa mengekori kita.

Teruskan perjalanan, ha nampak dah dia

Semakin menghampiri


Berjaya jua akhirnya. Alhamdullilah.

Manusia punya la ramai. Dalam keadaan yang semakin gelap kami tawaf beberapa kali bangunan besi ini. Setelah puas bergambar sana sini, perjalanan balik kami mulakan dengan menyusuri jalan ke station metro Bir-Hakem. Tak kuasa dah nak jalan kaki oit!

Terjadi suatu kisah lucu semasa kami menaiki metro untuk pulang ke rumah. Semasa perjalanan untuk ke Paris daripada Brussels, saya humming lagu "Ne Me Quitte Pas" yang dinyanyikan oleh Jacques Brel pada tahun 1959 atau maksudnya dalam English, Don't Leave Me. Kemudian sepanjang perjalanan hari ini, memang lagu ini sahaja yang keluar daripada mulut.

Tajuk lagu pun dah sedihkan, maka nya siulan yang sedih keluar daripada mulut ini. Kemudian Mrs.H tanya lagu apa ini sebab seharian saya dok humming. Saya cuba untuk menyanyikan lagu tersebut dan ternyata haruslah tidak sampai lirik, tak pernah belajar French nak menyanyi lagu French! Penat ok cuba terang kan lagu ini. Tapi dia masih tidak tahu lagu apa.

Nak dijadikan cerita, semasa kami dalam perjalanan pulang malam ini, sampai di station selepas Bir-Hakem masuk seorang lelaki dengan membawa satu cawan kertas ditangan dan berdiri ditengah-tengah metro (betul-betul di hadapan kami) dan dengan lantang suara dia menyanyikan lagu tersebut dengan rentak yang sangat laju. Masa ni, dah tahan dah nak gelak, sebab terkejut satu..lepas tu sebab lagu sedih jadi lagu ala-ala techno. Mungkin dia perlu habiskan lagu ini sebelum sampai ke station yang ditujui.

Keluar sahaja metro, terus kami gelak besar. Nak gelak dalam metro tadi takut kena pukul pulak kan. Saya cakap, ok lirik lagu bagi dia menang sebab berjaya habiskan lagu, tapi penghayatan saya menang. Balik rumah terus gugel dekat youtube bagi MrsH dengar nyanyian asal dan dia bersetuju dengan keputusan pengadilan tadi!
Location: Paris, France

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

It seems that dah lama tak visit your blog. New template, fresh new look! Reading at your Europe trip, terus adrenaline rush nak plan jugak. Tapi bile? :D

hidayahrodhi berkata...

zaraab,

Tq la sudi membaca :).. semua entry ni pun buat bila ada masa lapang and auto post je hihi

Dah kaki jalan ni,kalau boleh berhenti kerja kita pergi jalan je tapi gaji masuk macam biasa, eh!

syieda berkata...

Hi dayah!
Sy pun suker lagu ne me quitte pas! Saya suka yg barbra streisand ngan shirley bessey punya versi. Lirik dia meruntun jiweee..hihihihi

hidayahrodhi berkata...

Syieda,
Hi5, kalau syieda dengar mamat tu nyanyi mesti tahan gelak jugak.laju yamat!

syieda berkata...

Lagi satuuuuuu...takut nengok mamat tuh. Kikikiki..
Astagaaaa...

hidayahrodhi berkata...

Hahahaha...betul2 mmg scary mcm2 org boleh jumpa dlm metro Paris ni