Selasa, 12 Ogos 2014

Spring Break 2014 : Eiffel Tower, Paris

Day 11 | Tuesday | 6 May 2014

Day 11 : Eiffel Tower ---> Trocadero ---> La Defense ---> Galeries Lafayette ---> Printemps ---> Louvre Museum

Perjalanan hari ini adalah sebagaimana yang dinyatakan diatas. Hari ini cuaca agak baik tapi tidak secerah hari semalam. Untuk perjalanan hari ini, kami menggunakan pass untuk satu hari yang dibeli semalam. Maka tiada lagi aktiviti berjalan menapak jauh-jauh. Kami menggunakan sepenuhnya kemudahan Metro.

Pada awalnya, agak sedikit gementar untuk menggunakan metro di Paris. Mendengar cerita kakak yang ke Paris pada winter tahun lepas dan juga pengalaman yang dikongsikan oleh beberapa kenalan, kami memberikan sepenuh perhatian terhadap pemilihan laluan, station yang perlu dinaikki dan juga lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Keselamatan diri perlu diutamakan ye kawan-kawan.


Kembali semula ke sini pada hari ke 11 perjalanan kami adalah dengan bertujuan untuk melihat kota Paris dari atas menara Eiffel. Selepas beratur lebih kurang 30 minit, kami berjaya menaiki lift menuju ke puncak menara. Sampai diatas, angin bertiup agak kuat dan matahari sembunyi disebalik awan. Namun terkadang menampakkan pancaran cahaya yang terang. Keadaan ramai manusia memang sudah dijangka, maka kami menggunakan skill untuk menyelit dicelah-celah untuk menghampiri kawasan tepi untuk melihat bandar Paris dengan lebih jelas.

Tugu peringatan Gustave Eiffel

Eiffel I'm in love! Tempat paling epic rasanya nak kunci hati dekat puncak Eiffel Tower ni. 
Semoga berkekalan hendaknya.



Pemandangan kota Paris dari Eiffel Tower

Pusing sekeliling kawasan sampai puas hati. Kemudian kami turun ke kawasan platform pertama untuk melihat pemandangan dari kawasan ini pula. Kalau gayat, platform pertama ini lebih selesa untuk melihat pemandangan berbanding platform paling atas dan yang best dekat sini ada dua tingkat platform dan orang tidak seramai tadi.

Dua tingkat 

Tangga untuk naik ke tingkat atas

Kumpulan pelancong dengan tour guide pun lebih selesa nak bersembang dekat platform ini

Teropong kota Paris

View Paris dari platform bawah

Gambar Eiffel Tower terakhir yang diambil dari kawasan berdirinya menara ini sejak tahun 1889


Kemudian perjalanan diteruskan ke Trocadero dengan menaiki Metro. Kalau berjalan kaki pun ok dekat je dengan tapak Eiffel Tower, tapi kami menggunakan sepenuhnya tiket metro seharian dengan sebaik mungkin. Kurang bernasib baik kerana semasa kami keluar dari station hujan sudah mula turun namun masih boleh berjalan tanpa memerlukan payung. Kami tidak lama disini, hanya mengambil beberapa keping gambar kemudian terus menuju ke La Defense.


Location: Paris, France

5 comments:

Bibie Karim berkata...

Walau pun xdelah cinta sangat kat Paris, tapi bila tengok gambar2 ko tetiba rasa rindu. Ish poyo sungguh. Betul! Naik Metro kat sana kena extra careful. Aku duk peluk beg manjang sebab bergerak sorang haritu.

hidayahrodhi berkata...

Bibie,
Sama kita..Paris ni mula2 mmg tidak ada dlm list juga, tp sebab kawan travel kali ni nak sngt masukkan juga Paris dlm trip ni...sbb tu gigih tgk balik muvie nak ambil feel konon..hihi

so far pengalaman dekat Paris tak ada lah seteruk mcm org lain kena..alhamdulillah ok lah jugak Paris ni.

Hebat mu jalan sorg2!

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

To Paris with love.

zila@akulovetravel berkata...

cantinya view kota paris dari eiffel tower. Nyesal pulak ritu tak naik eiffel tower tu :(

hidayahrodhi berkata...

MKL,
terasa penuh kasih sayang berjalan dekat Paris, hiks!

Zila,
eh kena pergi lagi skali la jawabnya nak naik atas,hehe..kitorg pun nasib juga sebab cuaca ok pagi tu,kalau mendung tak naik jugak. :)