Wednesday | 6 May 2014
Day 11 : Galeries Lafayette ---> Printemps ---> Louvre Museum
Kami makan tengahari dirumah dengan memasak bekalan beras dan lauk (Brahims) yang dibawa dari tanah air. Singgah kedai dulu untuk beli telur. Salah satu yang best duduk kawasan rumah sewa ini adalah keluar daripada Metro sudah nampak kedai runcit,kedai roti,kedai ice cream dan terdapat banyak cafe serta restaurant makanan halal.
Kami meneruskan semula penjelajahan di kota Paris ini dengan aktiviti berjalan-jalan dikawasan membeli belah yang terkenal iaitu Galeries Lafayette dan juga Printemps. Tujuan utama bukanlah mahu berbelanja disini, kami sekadar mencuba nasib untuk melihat kota Paris diwaktu petang dari kawasan cafe dan rooftop bangunan ini. Namun malang nasib kami kerana kawasan ini hanya dibuka semasa waktu summer sahaja.
Sebelum pulang ke rumah malam itu, kami singgah ke Louvre Museum (jalan kaki je dari kawasan shopping tadi) dengan harapan mahu melihat museum ini diwaktu malam bermandikan cahaya lampu. Semasa perjalanan ke sini hujan agak lebat turun membasahi bumi, kami melepak dikawasan bangunan museum.
Masa keluar dari rumah, cuaca begitu indah sekali. Tapi ternyata hanya untuk seketika sahaja.
Kelas kau beli kerusi bentuk LoVe and beli dekat Paris lagi. Mampu?
Tunggu punya tunggu, hujan pun berhenti. Kami keluar ke kawasan piramid kaca untuk bergambar. Keadaan ketika ini sangat tenang kerana tidak ramai manusia berbanding semalam. Puas hati dapat ambil gambar dengan gembira.
Hujan sudah berhenti
Kawasan agak tenang berbanding semalam
Restaurant
Ini sahaja yang mampu dilihat, penat dan mengantuk dah rasa nak tunggu malam muncul
Mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat ini pada jam 8.30 malam
------------------------------------------------------------------
Drama #5
Semasa kami berada disana, station Metro Palais Royal Musee du Louvre sedang dalam pengubahsuian. Jadinya kami terpaksa tukar train daripada line kuning ke line pink di Chatelet untuk ke Jussieu. Line kuning yang terdekat dengan Louvre Museum adalah Louvre Rivoli.
Semasa kami turun ke platform, kami terdengar suara orang bercakap dengan kuat. Turun ke bawah nampak seorang pemuda tengah bercakap (menjerit) kepada seorang pakcik yang sedang duduk. Pak cik tersebut kelihatan tidak memperdulikan pemuda tadi.
Daripada pemerhatian kami, pemuda ni mesti dalam keadaan mabuk kerana cara berdiri yang agak goyah dan juga menjerit-jerit. Sudahlah kawasan platform agak suram, lampu semua pun malap-malap. Campur pakcik dan pemuda itu, hanya kami berempat sahaja yang menunggu train disitu.
Nak dijadikan cerita pemuda tadi bergerak kearah kami. Ahh sudah! sampai je depan kami dia mula menjerit-jerit sambil tangan dah macam KaramSinghWalia. Kami hanya diam membatu dan mula la doa agar train cepat la datang.
Nasib baik train tiba tidak lama kemudian. Buka pintu train je cepat-cepat kami masuk dalam train dan bergerak laju ke gerabak lain takut pemuda tadi ikut masuk juga. Fuhh nasib baik dia tak masuk. Duduk dalam train dengan perasaan sungguh bersyukur kerana tidak terjadi drama yang lebih hebat tadi. Senyum je pakcik tadi tengok kami dalam train. Mesti dia bersyukur sebab kami ada so dia tak payah dengar ceramah pemuda tadi, hiks! Faham ke ceramah bahasa french? nasib kau la labu.
------------------------------------------------------------------
0 comments:
Catat Ulasan