Selasa, 19 Ogos 2014

Spring Break 2014 : Musee du Louvre, Paris

Wednesday | 7 May 2014

Day 12 : Musee du Louvre ---> Montmartre ---> Centre Pompidou

Misi hari ini adalah memasuki museum yang terdapat di kota Paris. Ada banyak museum, tapi kami hanya memilih untuk masuk dua museum sahaja. Museum yang pertama ialah Musee du Louvre. Boleh dikatakan sebenarnya tujuan asal masuk dalam museum adalah untuk melihat senibina museum dan yang kedua baru melihat barangan pameran. Hiks!

Musee du Louvre yang sangat besar ini kalau mahu betul-betul menghayati perlukan sehari suntuk. Owh sebelum terlupa, kalau mahu lebih feel melihat art works zaman dulu sila la tonton muvie The Monument Man. Nasib baik dalam flight ada muvie ni, sempat la layan sebelum sampai Eropah.Bagi info yang terkini pasal museum ini sila ke SINI

Agak panjang barisan untuk beratur masuk ketika kami sampai, namun bergerak laju. Kaunter tiket dekat dalam pun ada banyak, jadi tidak perlu risau. Masa dekat sini pun kami kena tanya lagi umur berapa. Nasib baik dalam English kan soalan. Senang jawab. 






Alhamdulillah cuaca pun cerah terang pagi ini


Tengoklah hiasan siling yang sungguh mewah 

Antara yang dipamerkan

Melekat di dinding

Bahagian ini manusia tidak la terlalu ramai berbanding bahagian lukisan

Terpaksa di zoom kan kerana ramai sangat manusia sedang mengadap lukisan The Wedding at Cana yang juga merupakan lukisan terbesar yang dipamerkan disini

Tapi tidak boleh lawan ramainya manusia yang mahu melihat gambar gadis ini

Ok, dah jom keluar.
Location: Paris, France

0 comments: