Khamis, 14 Ogos 2014

Spring Break 2014 : La Defense, Paris

Tuesday | 6 May 2014

Day 11 : La Grande Arche, Paris

Selain melihat sendiri Eiffel Tower, kami juga mempunyai misi untuk melihat bangunan La Grande Arche yang menjadi salah satu icon monument dan juga bangunan pejabat yang dibuka pada tahun 1990. Terletak dikawasan La Defense yang merupakan kawasan terletaknya pelbagai bangunan pencakar langit. Berada disini terkadang mengingatkan kepada bandar Singapura dan juga Seoul. So ubiquitous!

Sudah kelihatan bangunan yang dimaksudkan dari tangga keluar Metro

Sudah sampai!

Semakin menghampiri

Tingkap yang dibina berbentuk arch kecil symbolic kepada bentuk bangunan


Semasa sedang melihat bangunan ini, kami dikejutkan dengan sapaan seorang pakcik. Maka terjadilah perbualan selama 20 minit juga diantara kami bertiga. Banyak info pasal tempat ini diceritakan oleh pakcik ini. Macam-macam dia tunjuk. Siap ada soalan kira-kira lagi. Paling tak tahan sebelum bagi soalan kira-kira tu boleh keluar ayat macam ni, "ok, try to calculate this,i'm sure you two are not blonde right?" sambil gelak-gelak. This is so Paris Hilton! Nasib baik la berjaya jawab dengan betul.

Kami berlegar-legar dikawasan sekitar, masuk keluar bangunan lihat pelbagai sculpture yang terdapat disini sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah bagi menikmati makan tengahari. Jom kita tengok apa yang ada disekitar kawasan modern Paris ini.




Location: Paris, France

2 comments:

Ramble and Wander berkata...

Saya suka kawasan La Defense ni. Last time ke Paris, duduk melepak kat sini hampir setengah hari juga. Dulu La Grand Arche tu boleh naik sampai rooftop, naik lif dekat tiang2 yg mcm scaffolding tu.

hidayahrodhi berkata...

RAW,

Itulah, masa belajar lecturer ada cakap boleh masuk naik sampai atas..keciwa sbb dah x boleh skang ni.