Khamis, 18 September 2014

Spring Break 2014 : A Day in Cologne

Day 14 | Friday | 9 May 2014

Day 14 : Hohenzollernbrucke ---> Old Town ---> Kolumba Museum ---> Schildergasse ---> Dom Cathedral ---> Cologne Mosque

Perjalanan hari ke-14 hanya bersiar-siar di kawasan bandar Cologne. Walaupun pada sebelah pagi cuaca terkadang panas dan terkadang pucat serta hujan turun (manja je turunnya pun), sebelah petang cuaca sangat cerah.

Pemandangan luar tingkap rumah, sunyi sepi cafe di awal pagi

Depan rumah ada kawasan lapang hijau sebelum sampai ke tepi sungai Rhine

Sungai Rhine dihujung sana

Fasad rumah yang mengadap sungai. Mana satu dah lupa rumah penginapan, rasanya yang putih sebelah kaler oren itu

Best je budak-budak sekolah lepak sini buat aktiviti dengan cikgu

Disebabkan kedudukan rumah berdekatan dengan Hohenzollernbrucke (jangan tanya macam mana cara sebut perkataan ini), ianya menjadi tempat pertama yang akan kami menjelajah. Jambatan ini merupakan jambatan utama di bandar Cologne. Walaupun musnah diletupkan oleh tentera German sendiri semasa perang dunia kedua, pembinaan jambatan ini dibaiki sejurus selepas tamat perang.

Sejak tahun 2008, jambatan ini juga menjadi lokasi ikatan percintaan manusia. Hiks!

Lama tidak muncul dalam blog sendiri. Hai semua yang sudi membaca, Terima kasih ya!

Penghujung jambatan

I see clear blue sky

Kami meneruskan perjalanan ke Triangle, iaitu bangunan pencakar langit yang terletak di hujung jambatan ini. Kalau ada masa dan cuaca cantik, boleh la naik bangunan ini untuk melihat matahari terbenam. Semasa kami sampai disini, masih belum dibuka kaunter tiket, tapi cuaca pagi itu pun mendung maka kami teruskan sahaja perjalanan untuk ke kawasan Old Town.

Mendekati Old Town Koln

Old Town bandar ini tidak lah sebesar mana pun, sebabnya semasa perang banyak bangunan musnah, jadinya tidak banyak bangunan lama yang tinggal. Setelah puas berjalan-jalan disekitar Old Town, misi seterusnya ialah Kolumba Museum. Cerita pasal Kolumba ini, saya akan perincikan dalam satu post khas selepas ini.

Square with fountain 

Tugu peringatan. Tahukah anda bahawa tugu seorang pemimpin dibina ketika beliau sedang menunggang kuda dan kuda tersebut mengangkat kaki, ianya bermaksud tokoh berkenanan mati di medan peperang.

Bangunan lama bandar Koln


Antara hiasan di dinding bangunan lama

Pelan bandar Koln

Perut dah berbunyi sebaik sahaja keluar daripada museum. Sedang elok lah kami akan memasuki kawasan Schildergasse sekejap lagi. Bahaya juga melalui kawasan ini, dahla primark baru dibuka dekat Cologne, sana sini orang dok bawak beg primark. Tapi kami berjaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan bisikan amukan saka shopping. Selamat duit.

Memasuki zone bahaya

Salah satu shopping complex. Kalau diperhatikan banyak bangunan modern yang dibina dikawasan Old Town bandar-bandar di Europe memilih untuk menggunakan kaca sebagai facade bangunan. Salah satu sebab adalah  untuk memberikan imej pantulan kepada bangunan lama berdekatan dan secara tidak langsung ianya tidak terlalu terasing dengan kawasan setempat.

Kecik-kecik dah pandai bercinta

Three wise monkeys - Speak no evil, Hear no evil, See no evil

Lepas makan, owh ada beberapa kedai makanan halal dekat sini. Tidak perlu risau ye kawan-kawan. Kemudian kami pergi ke kawasan bangunan paling glamour dan tertua di bandar ini. Mercu tanda Bandar Koln iaitu Dom. Besar sangat bangunan yang masih kukuh dan tidak mengalami kerosakkan semasa perang dunia dahulu. Kalau diorg bom juga bangunan ini dulu, tak tau la apa nak cakap kan. Sampai ke rumah ibadat pun nak dibom! Bukan macam sesetengah pihak itu, apa saja nak dimusnahkan...itulah paranoid dengan hidup sendiri, sampai ke sudah tak aman hidup dalam ketakutan dan hasad dengki. Please pray for Palestine! Eh melalut dah cerita nih.

Pandangan sisi tepi Cologne Cathedral

Pasal bangunan ini pun nantilah saya post satu entry khas juga. Banyak sangat gambar nak tepek. Lepas itu, kami pulang semula ke rumah untuk solat terlebih dahulu dan makan tengahari. (makan baki kebab tadi,besaq nalla kebab mana nak habis skali mengadap)

Bila dah tengah hari, kawasan cafe sudah meriah

Lepas selesai segala urusan, kami memulakan langkah kaki misi mencari masjid Cologne. Kedudukan agak jauh namun apabila perjalanan yang niat dengan baik, jalan yang lurus kami berjaya jumpa masjid ini. Tapi, masjid ini masih belum siap sepenuhnya lagi. Masih belum digunakan lagi. Owh this is sad! Ambik gambar dari luar masjid je lah. Post khas juga akan menyusul nanti.

Bangunan yang dilewati semasa menuju ke Masjid

Selesai sudah cerita hari ke 14 kami. Pulang semula ke rumah sebelum itu, singgah supermarket kejap nak tengok-tengok makanan apa yang boleh dibeli sebagai makan malam. Berjaya beli vegetable pizza sekotak, sebab tengah sale half price, hehe oklah balik nanti top up dengan tuna yang dibawa dari Malaysia, masuk oven. Dinner is ready!!

Selamat Malam (eh Petang) Koln

4 comments:

Unknown berkata...

Aaa bestnya. Paling suka kalau tempat yg within walking distance ni.. i love your blog. Keep it coming!

Btw, kami 3 sekawan baru je launch travel blog. 1st entry pasal New Zealand. Kalau ada masa datang la singgah & bg feedback :)

www.thetravelling3o.com

Terima kasih!

hidayahrodhi berkata...

TT3O,
Tq for reading my blog.
Aduh,1st entry korg NZ! mmg tpt yg diangan-angankan. =)

Unknown berkata...

Haha mmg best! Hidayah ok x kalau kita exchange link? hehe

hidayahrodhi berkata...

TT30,
Boleh,tiada masalah =)