Day 17 : Wandering Around Delft
Sedih pula bila dah sampai ke hari terakhir perjalanan dan kena mengucapkan selamat tinggal kepada Miss A pada esok harinya. Sebenarnya, kalau mengikut plan asal hari ini kami akan bergerak ke Utrecht untuk melihat sebuah rumah yang menjadi sejarah senibina modern. Tapi kami batalkan hasrat kerana tidak berjaya mendapat tiket untuk masuk ke rumah persendirian yang telah dijadikan museum itu. Ini kerana bilangan pelawat adalah dihadkan dalam masa sehari. Mungkin lain kali ada rezeki kami.
Jadinya, aktiviti hari ini kami hanya berjalan-jalan disekitar bandar Delft sahaja. Lebih kepada membeli souvenir, makan makanan yang menjadi kegemaran Miss A yang terdapat di sekitar Delft. Kami ke Delft Square untuk melihat kawasan keadaan kawasan tersebut semasa tiada aktiviti pasar dijalankan.
Untuk pengetahuan, disekitar kawasan ini terdapat banyak kedai souvenir dan harga barang yang dijual adalah jauh lebih murah daripada Amsterdam. Kami memang sudah dimaklumkan oleh Miss A untuk membeli souvenir di Delft. Banyak juga hadiah sampingan yang tuan kedai bagi kerana kami merupakan pelanggan pertama mereka.
Kemudian kami ke supermarket JUMBO, untuk membeli cheese dan juga stroopwafel untuk dibawa pulang. Seperti tip yang telah diberikan, harga coklat, cheese, stroopwafle di jual lebih murah sekiranya kita membeli di supermarket. Pilihan pun banyak jenis.Kalau nak pos postcard pun boleh dilakukan disini, kerana ada menyediakan perkhidmatan pos.
Kami masuk dua supermarket, lagi satu sudah hilang ingatan namanya. Tapi disitu kami banyak membeli stroopwafel. Sedap dan ada banyak saiz dan packaging pun cantik untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan. Saya beli yang less sugar, kalau yang biasa itu manis sangat dengan tekak.
Delft Square
Rindu pemandangan damai ini
Canggih sistem bayaran dekat sini, kagum kejap ingat dulu dkt UK dah maju dah system diorg huhu...owh system yang digunakan disini telah masuk Malaysia, boleh tengok dekat supermarket dekat Nu Sentral.
Makanan wajib rasa kalau sudah sampai ke Benelux. Harus rasa di setiap negara Benelux
Kami masuk dua supermarket, lagi satu sudah hilang ingatan namanya. Tapi disitu kami banyak membeli stroopwafel. Sedap dan ada banyak saiz dan packaging pun cantik untuk dijadikan hadiah kepada kawan-kawan. Saya beli yang less sugar, kalau yang biasa itu manis sangat dengan tekak.
Kedai kegemaran kami, ini adalah lawatan kunjungan kali kedua.
Aktiviti makan ice cream sambil lepak menikmati keindahan petang
Kapal nak lalu,sila beri laluan. Sedikit jakun disini.
Maka berakhirnya sudah lawatan terakhir kami dibumi Delft ini. Pulang kerumah untuk kemas barang dan bersedia untuk meninggalkan bumi Belanda pada keesokkan hari. Sedih. In sha Allah, jika ada rezeki sebelum Miss A pulang membawa phD beliau, akan ada lagi lawatan kunjungan kali kedua pada masa hadapan.
0 comments:
Catat Ulasan