Day 16 | Sunday | 11 May 2014
Day 16 : Koln ---> Roermond Designer Outlet ---> Rotterdam ---> Delft
Untuk tiket perjalanan hari ini, kami telah membuat keputusan untuk menaiki bas yang disediakan oleh pihak Roermond Designer Outlet. Kemudahan bas ini juga disediakan di bandar Dusseldorf. Perkhidmatan adalah untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Ini adalah kerana, sekiranya kami ingin menggunakan perkhidmatan keretapi untuk sampai ke sini, akan berlaku pertukaran train dibeberapa buah station dan kos paling murah untuk sampai ialah 19 Euro. Itupun perjalanan awal pagi. Kemudahan bas pula bermula pada jam 11 pagi (or 10 pagi,sudah hilang ingatan) daripada Koln Bus Station dan lebih kurang je masa perjalanan dan tambang adalah 15 Euro untuk return.
Kami telah email kepada pihak outlet bertanyakan info sekiranya kami hanya menggunakan perkhidmatan sehala berapakah tambang yang akan dikenakan dengan harapan hanya separuh sahaja bayaran yang dikenakan. Harapan menjadi lebur kerana harga yang perlu dibayar masih 15 Euro seorang. Tapi ok je, lebih murah daripada train dan selesa tidak perlu tukar. Penting sebab kami menggalas beg dibelakang seberat lebih kurang 15kg.
Bila bas sampai, driver akan lihat salinan nama penumpang yang telah diemail oleh pihak outlet. Kita hanya bayar sahaja duit. Kalau siapa yang tidak daftar nama terlebih dahulu dengan pihak outlet, masih boleh berbuat demikian dengan syarat bus tidak penuh. Driver akan dahulukan orang yang membuat booking terlebih dahulu.
Sudah sampai. Awan mendung sudah muncul. Nampak bus tu, itulah bus yang kami naiki.
Sebelum memulakan aktiviti menghabis kan duit dan menguji tahap keimanan, beg perlu disimpan terlebih dahulu. Ada perkhidmatan locker yang disediakan oleh pihak outlet. Hanya perlu ke kaunter information untuk membuat urusan penyimpanan bagasi dan haruslah tidak free. Ada bayaran yang dikenakan mengikut saiz beg. Kami hanya mengambil satu locker yang muat untuk dua beg besar.
Daripada pengalaman sendiri yang pernah shopping di UK, outlet ini adalah tidak berjaya menarik perhatian dan tidak menguji keimanan sangat sebab pilihan barang tidak semeriah di UK. Syukur, selamat duit. Dalam selamat-selamat duit tu, berjaya la juga beberapa barang yang dibeli. Tapi masih dalam jumlah euro yang berada dalam tangan tanpa perlu menggunakan card credit.
Disini ada wifi free, jadi boleh la wasap dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang mahu melihat barang untuk dipesan. Senang. Masuk kedai snap beberapa keping. Lepak dekat kerusi yang disediakan, untuk membuat perkhidmatan pesanan barang. Barang untuk ahli keluarga juga dapat dibeli dengan semua ahli berpuas hati.
Walaupun mendung, tapi hujan tidak turun semasa kami disini. Maka dapatlah kami shopping dengan gembira. Lepas puas hati, dalam pukul 4.00 petang macam tu,kami bergerak ke Roermond Train Station untuk ke Rotterdam.
Semasa kami berjalan ke station train inilah hujan turun. Ahh sudah, dengan begnya, dengan hasil shopping lagi. Jenuh la kuatkan kaki untuk lari mencari perlindungan. Alhamdulillah jarak antara dua tempat ini juga tidak terlalu jauh. Tapi sampai train station agak basah la juga baju.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam train apa lagi, layan internet free lah. Miss A pula dah update dia tengah masak untuk makan malam bertiga. Auhh lapar sudah. Tadi disana kami hanya beli churos sahaja sebagai alas perut. Kenyang shopping dekat sana. Masuk train je baru terasa lapar.
Kami sampai ke rumah Miss A pada jam 7.30 malam. Nasib baik magrib jam 9 lebih. Sempat la kami solat dirumah sahaja. Masuk dalam rumah semerbak bau daging kambing baru keluar oven. Yummy!
0 comments:
Catat Ulasan