Day 2 : Heritance Kandalama Hotel
Alhamdulillah tercapai hajat juga hendak melihat dengan mata sendiri sebuah hasil rekabentuk Bawa. Sebelum dilanjutkan cerita berkaitan dengan bangunan ini, adalah molek kiranya saya ceritakan sedikit latar belakang siapa sebenarnya empunya diri Geoffrey Bawa ini.
Geoffrey Bawa :
Dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya pada tahun 1919. Merupakan anak kedua kepada seorang peguam, Benjamin Bawa (menurut artikel yang kami perolehi, bapanya beragama Islam) dan Bertha Marion Schrader, seorang Burgher.
Mendapat pendidikan awal sehingga menjadi seorang peguam pada tahun 1946 dari London. Disebabkan dia merasakan peguam bukanlah kerjaya yang sesuai dengan jiwa,maka bermula percutian pengembaraan beliau. Semasa di Italy disebuah kawasan yang diberi nama Lake Garda, beliau begitu telah jatuh cinta dengan keadaan di situ. Selepas pulang ke Sri Lanka beliau membeli sebuah ladang getah berdekatan dengan Bentota. Dengan bantuan serta nasihat daripada abangnya, Bevis Bawa (arkitek landskap) berusaha untuk membangunkan ladang tersebut dengan menjadikan Lake Garda sebagai sumber inspirasi.Ladang getah ini telah bertukar menjadi sebuah kawasan yang cantik yang dikenali sebagai Lunugangga.
Semasa kerja-kerja di ladang getah ini sedang berjalan, muncul minat mendalam beliau terhadap senibina. Pada tahun 1953, beliau kembali ke London untuk menjadi pelajar di Architectural Association (AA School of Architecture) pada usia 34 tahun. Pulang semula ke Sri Lanka pada tahun 1957 sebagai seorang Architect.(ye kawan-kawan diluar sana, kalau rasa kerja anda tidak kena dengan jiwa, kita masih mampu untuk mengubah keadaan tersebut. Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan, gitew!). Sekian latar belakang seorang lelaki yang bernama Geoffrey Bawa.
Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah idea beliau terhadap ruang dalam dan luar. Bagaimana disekalikan tanpa ada rasa perbezaan dan keindahan sentuhan senibina landskap serta sudah pasti konsep vernacular architecture yang berjaya dihasilkan.
Mari bersama untuk melihat hasil rekabentuk bangunan pertama yang berjaya kami jejaki ini.
Pemandangan dari lobby hotel. Kami disapa penuh mesra oleh penyambut tetamu. Walaupun bukan untuk menginap di hotel ini, layanan yang diberikan memang tip top. Siap ada penerangan tentang kawasan hotel lagi.
Kerusi yang juga direkabentuk oleh Geoffrey Bawa di kawasan ruang legar lobby
Bangunan hotel yang berada dicelah-celah kehijauan
Salah satu kolam daripada tiga kolam yang terdapat di hotel ini. Memang terasa seperti mahu terjun je sambil berendam dapat menikmati keindahan kawasan tasik
Atas bumbung juga dijadikan taman. Sangat camouflage bangunan hotel ini
Mari kita naik ke bahagian atas
Pemandangan kolam dari bahagian atas. Kawasan atas ini siap ada teropong untuk lihat kawasan tasik
Memang terasa seperti sedang mendaki bukit sebab kawasan ini hanya menggunakan natural slope sebagai laluan tangga
Kiri kanan atas bawah penuh dengan kehijauan
Bahagian tepi hotel terdapat bukit bukau saujana mata memandang
Dari hotel ini kita juga dapat lihat Sigiriya nun di sana
Kolam kedua yang terdapat dibahagian atas ini lebih luas dan dasar kolam sebahagianya masih terdapat batu besar yang dikekalkan
Penggunaan warna hitam,putih pada bangunan sangat sinonim dengan Bawa
Suka dengan pokok-pokok yang terjuntai kebawah!..jom kita masuk dalam hotel balik.
View diambil dari dalam bangunan. Seperti tiada kaca!
Kemudian kami ke kawasan dibahagian kanan hotel yang menempatkan bangunan cafe,restaurant dan spa
Rekabentuk tangga yang simple. Tengok lah railing tangga dia, sungguh minimal design. Sempat Miss N ambik feel menghayati alam dekat kerusi meja itu!
Turun ke bawah terus menuju ke kawasan ini
Sangat kagum dengan idea beliau untuk menyembunyikan bangunan kerana dia tidak suka bangunan ini menonjol 'over' daripada landskap asal
Skala manusia dengan saiz bangunan, tapi tidak terasa ketika disana disebabkan seperti berada disebuah kawasan taman berbukit. Banyak tupai yang gemok-gemok berkeliaran. Boleh main kejar-kejar.
Batu-batu asal yang tidak dipindahkan dari tempat asal. Simplekan railing dia.
Lepas penat kami singgah sini sekejap berehat. Kalau diperhatikan setiap kaca yang besar akan ditampal dengan gambar burung hantu. Bila kami tanya kepada pekerja yang lalu disini, dia cakap burung selalu langgar sebab tidak perasan ada kaca. Kesian burung, burung tidak bersalah.
Memang kami buat seperti rumah sendiri kerana tiada staff hotel yang mengikuti kami membuat lawatan ini. Suka hati korg lah nak pergi mana, cuma jangan lah masuk kawasan yang dilarang khas utk pekerja/private area. Sendiri mau ingat lah. Nampak dihujung kiri kelihatan batu-batu yang dikekalkan. Ada pula minah sorang nih dok pose. maafkan lah dia.
Kalau railing simple tadi, haa ini pula lagi senang design. Kasi concrete saja. Tapi smart sebab kaler putih dan cantik elok dijaga.
Kawasan lobby juga terdapat batu besar yang dikekalkan
Setelah 3 jam kami menjelajah dan lepak di bahagian cafe sambil minum, perjalanan pulang semula ke Kandy pun bermula. Misi adalah perlu sampai ke Kandy sebelum jam 5 petang sebab ada pertunjukan tarian tradisional yang driver beria suruh kami tengok. Layankan aje. Tapi selepas tarian tersebut, kami ada misi yang lebih penting untuk memastikan aktiviti esok dapat berjalan sebagaimana plan asal. Memang drama habis.
Inilah aktiviti kami sambil minum,sambil buat sketch, mmg seperti lawatan sambil belajar zaman Uni.
8 comments:
really cool hotel! love the pool!
John,
Mmg cool gila hotel ni. Kan, rasa nak terjun masuk dlm kolam terus.
sgt unik hotel nya...di tepian tasik lagi..jika ingin bermalam di sini haruslah bayran tinggi kan
JM,
Kitorg tengok dekat website dia lagi murah drpd booking dekat website booking.com sbb ada promotion. Plan asal nak duduk semlm sini,tp tukar pilih hotel yang dia design dekat tepi pantai sbb dpt lepak2 dekat pantai
Cantik btol hotel ni...teringin plk nk tingal kt sini...hehe
DJ,
Hai Dayah (hehe,sebut nama sendiri)
Yup mmg cantik, boleh jadi tpt nak berbulan madu gitew
Railing dia simple sebab nak highlight batu & element natural kat situ, kan? Ceh tetiba soalan berunsur gitu.
Bie,
Geoffrey Bawa ni mmg style dia mcm ni..zaman2 ni diorg lebih kepada modernist, less is more bak kata Mies van der Rohe
Catat Ulasan