Monday | 21 Oct 2014
Day 2 : Kandalama - Kandy
Masih dihari kedua kami di bumi Sri Lanka. Kami suruh Ruwan singgah di kedai makan sebab semua dah lapar. Dia berhentikan kami disebuah kawasan Spice Garden somewhere along the route. Kami sudah membaca info yang menyatakan jangan layan sangat bab jualan minyak urut minyak sapu atau minyak-minyak yang dijual. So kami sudah bersedia mental untuk tidak terpengaruh. Tapi kalau korang nak try beli apa salahnya, mana tau memang bebetul mujarab.
Kiri kanan banyak pokok-pokok herba ditanam
Jambatan untuk ke kawasan tempat makan
Terdapat beberapa pondok/rumah disekitar kawasan tempat makan
Store?
Selepas makan, kami suruh dia singgah mana-mana masjid yang terdapat di laluan jalan pulang nanti. Alhamdulillah jumpa sebuah masjid yang ada tulis, tempat solat perempuan ada disediakan (agak tidak faham disini, mungkin budaya disini hanya orang lelaki sahaja boleh solat di Masjid)
Masjid di daerah Matale, sekali lagi maafkan model itu.
Sebelum meninggalkan masjid, kami sempat berbual dengan budak-budak yang berada dikawasan masjid. Borak-borak terus diorg mintak akaun FB. Kelas kau dik!
Lepas solat, maka terjadilah drama pertama kami. Drama kali ini bermula sejak awal pagi sebelum kami sampai ke Kandalama lagi. Ceritanya bermula begini :
#Drama1
Esok merupakan perjalanan kami menaiki keretapi dari Kandy to Nanu Oya. Kami telah memberitahu kepada Ruwan yang kami ingin membeli tiket train dahulu sebelum bergerak ke Kandalama. Tapi dia cakap, owh tidak perlu nanti dia akan suruh kawan dia tolong belikan. Ok fine. Maka kami terus bergerak ke Kandalama.
Sepanjang perjalanan kami ke Kandalama, ada sekali dia call kawan dia and kawan dia pun ada call dia dua kali. Rasanya hal berkaitan dengan tiket keretapi. Kami telah awal-awal lagi memberitahu yang kami nak naik train jam 8.00 pagi dan train kelas kedua. Bila kami tanya, dia cakap ok ok setel.
Nak dijadikan cerita, masa dalam perjalanan pulang ke Kandy kawan dia call bagi tahu yang dia dah beli tiket keretapi kitorg, tapi jam 12 tengahari. Masa tu kami semua dah naik angin lah, jam 12 baru nak gerak dan perjalanan memakan masa lebih kurang 3 ke 4 jam. Sah-sah la sampai disana sudah gelap. Kami terus lah bising cakap, nak naik pagi juga! Dia cakap pagi sudah habis. Tapi kami still tidak puas hati. Jadi kami cakap nanti sampai Kandy bawak kami ke train station kami nak bercakap sendiri dengan pegawai dekat sana. Dahla harga tiket dia mahal daripada info yang kami perolehi dekat internet.
Tapi disebabkan dia nak juga suruh kami pergi tengok tarian tradisional sebelum pergi ke train station maka kami turutkan juga lah. Agak lewat juga kami masuk, penuh juga dewan ni. TAPI, ok tarian dia macam tak pe kot kalau korang tidak pergi. Hehe, mayb tempat yang kitorg pergi tak best (sebab ada banyak tempat yang buat pertunjukkan) atau kami sudah malas nak layan tarian-tarian ini. haha
Tarian yang dipersembahkan
Lepas habis je tarian, kami terus masuk van dan bergerak ke train station. Bukan station yang dekat Kandy, sebab Ruwan cakap tempat jualan tiket bukan di Kandy (kami pun kurang jelas kenapa tidak pergi yang dekat Kandy sahaja, malas nak bertekak dengan Ruwan dah sebenarnya) layankan aje mana station ko nak bawak kitorg.
Info :
Sekiranya anda hanya mahu membayar harga tiket banyak lkr160 anda hanya perlu membeli di kaunter tiket pada hari kejadian. Kalau beli sehari sebelum atau dua hari sebelum harga tiket adalah lkr 600! Kalau tiket yang ada tempat duduk habis, beli je tiket sebab percayalah anda mesti tidak mahu duduk ditempat duduk. Kerana duduk di pintu gerabak adalah lebih best dan adventure! Pegawai itu punya info, kalau tiket (tempat duduk) habis pun masih boleh beli tiket, tapi tiada tempat duduk, but jangan risau sebab nanti akan ada orang akan turun naik keretapi. So akan ada tempat duduk kosong.
Habis drama, kami gelakkan balik lah diri sendiri dan juga Ruwan pun gelakkan diri dia. Haha, sama-sama ada salah silap. Bermaaf-maafan sesama kami (raya sangat!). Kami juga pesan kepada dia, don't tell lies Ruwan, Budhha said always tell the truth..terus dia gelak! Keputusan dibuat kami bayar tambang sorang Lkr 600 sebab tiket tidak boleh dijual kembali. Harga tiket untuk jam 8.00 pagi, Ruwan cakap dia tanggung.
Sebelum pulang semula ke kediaman, Ruwan bawa kami ke tempat tinggi yang boleh nampak the whole Kandy. Cantik, tapi lupa nak ambik gambar plus hujan dan sejuk malam itu. Oklah sekian cerita drama kami di bumi Kandy.
Selepas peristiwa ini, Ruwan cakap dia akan dengar cakap Ms N sahaja sebab antara kami semua Ms N paling garang. Haha.Jangan main-main bab nak naik keretapi ni...memang Kak Kiah meletup!
2 comments:
Pelik juga bab masjid tu kan. Kat India pun macam tu juga, haritu ada baca kat blog sape ntah. Hihi Ruwan dah kena remind pasal ajaran Buddha. Sibaik dia ok je kan, xde bak pedajal korang ke apa.
Bie,
Mayb masa Islam datang sini, mcm itu kot ajaran yang disampaikan. Walahualam. Ruwan ok je, siap dia pula banyak tanya pasal Islam dgn Kristian.
Catat Ulasan