Tuesday | 21 Oct 2013
Day 3 : Nuwara Eliya (NE)
Assalamualaikum and Hello!
Masih di hari ketiga. Sambungan cerita lepas turun keretapi paling ohsem pernah dinaiki. Yahoo, kami sampai dulu daripada Ruwan nampaknya. Lepak sahaja dekat train station. Nak berjalan-jalan keluar pun tengah hujan. Makan sambil menikmati keindahan tanah tinggi Sri Lanka ketika hujan turun. Kawasan train station sama seperti train station yang kami lalui sepanjang perjalanan. Semasa turun disini, boleh dikatakan hampir separuh train sudah kosong. Perjalanan train ini akan diteruskan ke Ella.
Pada mula nya kami plan esok hari ke Ella menaiki train juga. Tapi memandangkan cuaca hujan hari ini, jadi site seeing dekat NE ini terbantut. Perbincangan dijalankan dan keputusan diambil, kami ke Ella dengan menaiki van sahaja. Sebelah pagi esok boleh menjelajah NE. Itu pun bergantung kepada keadaan cuaca pada esok hari.
Lebih kurang setengah jam driver pun sampai. Kami terus ke rumah penginapan dahulu. Lepas selesai urusan wajib, kami keluar semula untuk melihat-lihat kawasan bandar NE. Kawasan tanah tinggi, kalau dah hujan bertambahlah sejuk sesuai dengan nama samaran yang diberikan kepada NE iaitu Little England.
Kemudian Ruwan bawa kami ke sebuah tample yang agak terkenal di Sri Lanka, iaitu Hanuman Tample. Tample pertama yang kami temui di Sri Lanka. Kami tidak turun daripada van pun dekat sini sebab hujan lagi. Berdekat dengan temple ini ada sebuah taman botanical yang terkenal dengan sejarah ceirta Ramayana,Sita dan Ravana. Kami suruh Ruwan ceritakan kembali kisah percintaan mereka bertiga.
Sebelum pulang semula ke apartment,kami singgah di sebuah bagunan lama yang dahulunya adalah sebuah kediaman untuk gabenor British bernama Sir Edward Barnes pada tahun 1820s. Sekarang bangunan tersebut dikenali dengan nama Grand Hotel. Seperti biasa, layanan yang sangat baik diberikan oleh pekerja-pekerja hotel kepada kami. Dapat sedikit penerangan berhubung asal usul bangunan dan juga kawasan hotel. Lepas tu, diorg lepaskan sahaja kami semua berlegar-legar dalam hotel. Dapat pula internet free, owh bertambah sayang dekat hotel ini. Terus lepak duduk atas kerusi empuk dalam suasana sungguh English sekali.
Gregory Lake. Ms A begitu cuak bila dengar nama tasik ini kerana sama nama dengan SV PHD di bumi Delft. Terus teringat phd ketika bercuti. Ahaks!
Kemudian Ruwan bawa kami ke sebuah tample yang agak terkenal di Sri Lanka, iaitu Hanuman Tample. Tample pertama yang kami temui di Sri Lanka. Kami tidak turun daripada van pun dekat sini sebab hujan lagi. Berdekat dengan temple ini ada sebuah taman botanical yang terkenal dengan sejarah ceirta Ramayana,Sita dan Ravana. Kami suruh Ruwan ceritakan kembali kisah percintaan mereka bertiga.
Sebelum pulang semula ke apartment,kami singgah di sebuah bagunan lama yang dahulunya adalah sebuah kediaman untuk gabenor British bernama Sir Edward Barnes pada tahun 1820s. Sekarang bangunan tersebut dikenali dengan nama Grand Hotel. Seperti biasa, layanan yang sangat baik diberikan oleh pekerja-pekerja hotel kepada kami. Dapat sedikit penerangan berhubung asal usul bangunan dan juga kawasan hotel. Lepas tu, diorg lepaskan sahaja kami semua berlegar-legar dalam hotel. Dapat pula internet free, owh bertambah sayang dekat hotel ini. Terus lepak duduk atas kerusi empuk dalam suasana sungguh English sekali.
Bekas tea yang dijadikan hiasan dinding di kawasan cafe
Makan malam kami masak sendiri hari ini. Sebelum sampai rumah kediaman, singgah dulu local supermarket untuk beli beras, telur,sayur dan ice cream. Sampai rumah terus jalankan misi memasak dan mendobi. Internet sangat laju dekat Apartment malam ini. Happy sungguh hari ketiga kami di bumi Sri Lanka. Syukur nikmat Allah berikan kesihatan dan kesempatan untuk sampai ke sini.
Food Presentation kena kelas pertama ok. Puas hati!
Tq MrI sebab sedikan desert yang very the Diva.
4 comments:
Nice sharing
MKL,
TQ =)
Dayah! Lawa giler hotel ni. Type of building yang aku suka.
Bie,
Memang cantik dan sngt cosy!
Catat Ulasan