Ahad, 28 Disember 2014

Hello Ceylon : Last Day in Sri Lanka

Day 8 | Sunday | 26 Oct 2014

Day 8 : Sri Lanka - Kuala Lumpur

Akhirnya hari untuk kembali ke realiti sudah tiba. Memang tidak puas 8 hari nak menjelajah Sri Lanka ini (bagilah berapa banyak masa pun, bila tiba hari last nak balik tu terus teringat kerja secara automatik jadi tidak berapa best, huhuhu)

Pagi itu kami bersarapan dengan menu yang dimasak sendiri oleh tuan rumah. Siap ada waffel dgn ice cream lagi pagi-pagi. Lepas makan sempatlah bergambar dengan tuan rumah dulu sebelum bergerak ke lapangan terbang.

Kawasan halaman tempat penginapan untuk hari terakhir



Disebabkan kami tidak membeli belah langsung (kecuali teh) kami berharap agar di airport nanti adalah benda yang boleh dibeli. Selepas babai dengan Ruwan, kami masuk ke balai pelepasan. Ada beberapa buah kedai yang menjual FM dan postcard. Haaa, elok benar lah tu. Tapi semua sepakat kita masuk dulu setelkan urusan checked in takut beratur panjang nanti.

Alangkah sedih hati kami! Rupanya sistem di sini bila dah masuk ke ruang untuk checked luggage anda sudah tidak boleh keluar semula berlegar-legar dikawasan airport. Kena terus masuk ke dalam. Owh no! Patutlah kawalan keselamatan amat tinggi dekat sini. Masa nak masuk checked in luggage pun sudah kena tunjuk passport. Aduh! Punah harapan. Tapi abang askar yang berkawal dekat situ cakap, jangan risau ada lagi kedai dekat dalam.

Masuk dalam tu memanglah ada kedai dan jual benda yang sama dengan apa yang kami nampak di luar tadi. Tapi harganya haruslah tidak sama. Semua benda price tag dalam USD dah. Memang mahal. Tapi beli lah juga dua tiga ketul untuk diri sendiri dan rakan-rakan pejabat. Postcard pun tulis dekat airport dan minta orang kedai tolong pos kan nanti. Sampai sekarang tidak sampai-sampai. Kita tengok bila nak sampai, dulu rekod pos lambat sampai 3 bulan daripada Budapest. Ahaks! ke memang tidak akan sampai?Pasrah.

Antara teh yang dibeli, jenama ini menjadi pilihan kerana review yang bagus dalam buku travel

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan daripada jadual asal. Alhamdulillah segala urusan telah dipermudahkan. Kesihatan semua ahli jemaah juga baik sepanjang perjalanan kecuali Ms A demam sedikit pada malam kami di Nuwara Eliya, esoknya sudah sihat walafiat.

Lepas pulang daripada Sri Lanka, beberapa hari selepas itu terus dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Sri Lanka. Tanah runtuh di kawasan ladang teh di daerah berdekatan dengan Badulla kalau tidak silap. Agak teruk juga. Sedih. Kami ada juga email Ruwan tanyakan khabar dan ada ke keluarga atau kawan-kawan yang dikenali terlibat, sampai sekarang dia tak reply, hahahaha serik la tu melayan kami.

Ok habis sudah cerita pengalaman berkelana di Sri Lanka. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi sedikit manafaat untuk semua yang akan berkunjung ke sana nanti. Wassalam.

2 comments:

Unknown berkata...

Xsangka dah habis perjalanan korang kat Sri Lanka. Best sangat baca catatan journey ko. Kotak2 teh tu lawa ah Dayah. Ada nilai klasik. Nak lagi yang ada gambar pompuan tu.

hidayahrodhi berkata...

Bie,
Misi untuk habiskan catatan sebelum tahun baru. Berjaya jugak! Bnyk jenama dan mcm2 rupa bentuk cara bungkusan teh dekat sini. Tapi tertarik untuk beli yg ni sebab baca dalam buku travel katanya lebih bermutu. Pengaruh buku =)

Tq sebab sudi membaca.