Sabtu, 11 Julai 2015

Random Thought : Kaum Hawa

Perempuan memang terkenal dengan ketangkasan membuat beberapa kerja dalam sesuatu masa. Contoh yang senang sambil masak, sambil basuh baju/sidai baju, lepas tu boleh mop lantai, sambung balik masak then sambil check fb. Mungkin sejak kecil telah dididik oleh ibu ayah supaya ringan tulang.

Lagi satu kebolehan perempuan adalah berborak beberapa topik dengan sekumpulan kawan secara bersilang. Faham? Ala macam Alia duduk sebelah Nurul, depan Nurul ada Siti, sebelah Siti ada Liza. Alia borak dengan Siti, Nurul borak dengan Liza. Soalan, berapa orang yang terlibat dalam perbualan diatas? Perbualan pula daripada sekecil-kecil topik yang remeh temeh sampai la ke topik masalah dunia boleh bersambung tanpa berhenti.

Benda-benda multi tasking ni kadang-kadang sukar difahami oleh kaum Adam. Atau boleh menyebabkan kaum Adam berasa annoy dengan sikap sebegini. Sebagaimana kisah dibawah.

Satu hari dalam perjalanan menuju je selatan tanah air, Imran yang sedang membawa kereta berkata kepada rakan-rakannya.

Imran : eh korang, aku rasa lapar lah. Singgah RnR nak?
Wawa : boleh-boleh aku pun lapar jugak ni.
Lin : setuju, aku nak pergi toilet jugak
Mimi : ok, aku nak ikut ko Lin
Wawa : eh ikut jugak lah. Imran ko tolong belikan makanan dekat kitorg.
Imran : ok ( sambil parking kereta dekat RnR berdekatan )

Imran : Korang nak pesan apa ni? 
Mimi : beli yang senang jek lah. Makan dalam kereta je.
Wawa : beli pau jek lah. 
Imran : ha ok, so nak pau apa?
Lin : aku nak pau kacang
Mimi : aku nak pau...ermmm pau... 
Lin : pau kaya?
Wawa : ke ko nak pau miskin Mimi? hehehe
Lin : haha boleh jugak, eh lama kan tak dengar cerita pasal Jehan Miskin
Wawa : ha ah, sejak dia kawen terus macam tak berlakon kan. Diam terus.
Mini : dia kawen dengan orang luar kan? Jepun ke Korea tah.
Wawa : Korea lah baru Kpop gitew.
Lin : itulah, hahaha..

Imran : Korang nak pau apa ni???!!!

Sekian.

p/s : cerita diatas adalah berdasarkan cerita sebenar namun nama yang digunakan adalah nama samaran.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gambar throwback je lah. 
Kenangan bulan Julai 2011 memetik cherry di bumi Nottingham

2 comments:

Jari Manis berkata...

ahahaah....betul sgt..itualh perempuan....kalau bukan begitu bukan perempuan namanya....ckp silang ckp byk mcm2 topik leh ckp...keje multi tasking...hanya pompuan je leh buat...mereka mmg POWER!!!

hidayahrodhi berkata...

JM,
Kikiki