Rabu, 28 Oktober 2015

Into The Balkans : Istanbul Kami Datang

Assalamualaikum and Marhaba!

Saturday | 29 August 2015
Istanbul Day 1

Penerbangan berlepas pada jam 11:20 pagi dan selamat sampai di Istanbul Ataturk Airport pada jam 14:55 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, mudah dan cepat saja untuk keluar daripada ruang arrival. Perkara pertama kami buat adalah cari ATM untuk keluarkan duit, kemudian topup Istanbulkart yang dipinjam daripada kawan (satu kad boleh dipakai seramai lima orang).

Perjalanan untuk ke hotel lebih kurang sejam daripada airport. Selesai urusan check in, solat dan segarkan diri kami memulakan misi untuk membeli Museum Pass. Perancangannya supaya esok pagi tak perlu gigih beratur. Malang pula nasib sebab kaunter tiket Museum Pass sudah tutup. Terpaksa beli esok pagi jugak lah jawapnya. Ok saja sebab lokasi hotel sebelah je dengan kawasan Topkapi Palace.

Keadaan disekitar hotel. Banyak juga kedai-kedai souvenir disekitar.

Jadinya petang itu kami terus menuju ke Eminonu dan menyusuri Jambatan Galata. Suasana petang sekitar kawasan tersebut haruslah busy dan ramai sungguh umat manusia. Kami jalan, lepak, jalan, lepak sampai ke kawasan Karakoy.

Jom kita ke Eminonu

Ramai sungguh manusia dekat sini. Duduk mengadap laut memang layan petang-petang ni 

Ferry pun banyak daripada Eminonu pilih saja mana destinasi tujuan anda

Galata Tower dari kejauhan

View daripada Galata Bridge, Yeni Cami

Terang bulan malam ini 

Senja di Istanbul

Sebelum pulang kami singgah makan dulu. Balik hotel terus tidur sebabnya badan pun still letih sebab tidur dekat airport saja malam sebelumnya.

Sepanjang jalan balik ke hotel, banyak kedai-kedai yang menguji nafsu. 

Sunday | 30 August 2015
Istanbul Day 2

Berpagi-pagi hari ini kami. Lepas sarapan di hotel, terus ke Topkapi Palace untuk beli Museum Pass. Alhamdulillah orang baru sikit. Elok je beratur muncul sudah beberapa rombongan. Tepat jam 9.00 pagi kaunter buka. Urusan beli selesai kami terus masuk.

Aman damai tenang saja jalan di pagi hari sekitar Topkapi. Tapi keadaan ini tidak lama, dekat jam 9.00 pagi berduyun-duyun orang masuk

Tempat pertama yang kami tuju adalah Harem. Puas hati duduk dalam Harem awal-awal sebab terasa macam kami yang punya. Rombongan lain pergi ke kawasan pameran dulu rasanya. Sebab dalam Harem ini sesekali kami terserempak dengan tiga empat orang yang jalan sendiri tanpa tour guide. Lebih kurang tiga kami duduk dalam Topkapi Palace keseluruhannya. 

Misi diteruskan dengan memasuki Hagia Irene yang terletak dihadapan Topkapi. Dapatlah kami merehatkan diri dengan suasana aman damai dan panas diluar. Sunyi sepi ada sepasang pelancong yang sedang meneliti map Istanbul dekat dalam ini. Ok juga sebab tenang saja dekat dalam ini. Tidak sampai sejam pun dekat dalam ini.

Tempat tujuan ketiga pada hari ini seudah semestinya Hagia Sofia. Agak panjang barisan untuk masuk kedalam. Mujur ada Museum Pass. Tapi yang sedihnya, ada pula kerja-kerja pemuliharaan yang sedang dijalankan. Maka agak cacat sedikitlah pemandangan dalaman Hagia Sofia. Redha.

Perut masing-masing belum lapar, jadi kami teruskan perjalanan dengan menaiki Metro (T1) Sultanahmet - Topkapi, kemudian tukar ke Edirnekapi (T4) untuk ke Chora Museum. Daripada metro station tu, jalan ke Chora Museum tidak lah berapa jauh dan tidak lah berapa dekat. Sambil jalan berpeluang melihat kawasan disekitar yang terdapat runtuhan-rutuhan tembok lama.

Sebagaimana Hagia Sofia, keadaan di Chora Museum lebih memerlukan perasaan Redha lebih tinggi. Dapat tengok pemandangan luar bangunan yang di cover dengan lukisan auto cad. Nasib. Sebab kawasan yang dibukak untuk lawatan pun kecik saja, maka tidak sampai sejam pun mungkin dalam 30 minit saja kami dekat dalam museum ini. Perut sudah lapar, kami singgah makan disebuah kedai kebab. Murah dan sedap. Berbeza sungguh dengan harga di sekitar Sultanahmet.

Sekitar kawasan ke Chora Museum

Cantik-cantik rumah dekat kawasan ni

Meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Masjid Eyub. Sebelum sampai masjid, sempat kami merehatkan diri disebuah taman yang berdekatan. Memang orang Istanbul sangat suka beriadah dan berkumpul bersama-sama keluarga dan kawan-kawan. Meriah betul.

Memang meriah park diorg.

Sempat pose gitu!

Akhirnya kami sampai kedestinasi terakhir kami untuk hari kedua. Eyub Sultan Camii/Masjid Eyub. Jarak jalan kaki kami kalau ikut google lebih kurang 2.7km. Tak de lah jauh mana dan tak terasa pun jauh sbb asyik berhenti-henti ambik gambar, lepak sekejap dekat tepi laut dekat taman tu.

Berhenti ambil angin sekejap

Kebetulan kami sampai azan Asar sedang berkumandang. Berpusu-pusu orang ke masjid untuk berjemaah. Tak sempat kami nak berjemaah sekali sebabnya penuh. Pihak masjid ada sediakan kawasan untuk wanita dibahagian luar. Itu pun penuh juga. Jadinya kami menunggu diluar masjid dahulu sehingga selesai solat. Bila sudah aman baru kami masuk untuk solat. Masjid pertama dengan izin Allah kami diberi peluang untuk solat di bumi Istanbul. Syukur Alhamdulillah.

Menuju ke Masjid Eyub

Kiri kanan jalan pun banyak gerai-gerai souvenir, tapi kami tak survey harga pun dekat sini. Jalan terus menuju ke masjid dengan harapan boleh berjemaah.

Gambar dari bahagian atas tempat solat wanita.

Masa tengah tunggu nak solat, ada beberapa pasangan pengantin datang buat outdoor dekat sini.

Niat nak ke Pierre Loti yang terletak berdekatan Masjid Eyub, tapi disebabkan sudah lewat petang kami batalkan niat. Lain kali, ada rezeki lagi Insha Allah sampai. Kami akhiri perjalanan pada hari kedua dengan menaiki ferry daripada Eyyub sehingga stop terakhir disebelah Asia. Kemudian berpatah balik ke Eminonu. Kiranya kami menyusuri Golden Horn dan Bosphorus dengan harga 2.15 TL sahaja. Untuk rujukan jadual perjalanan disepanjang Golden Horn, boleh rujuk sini. Sebelum balik ke hotel, singgah dinner disekitar kawasan hotel saja.

Monday | 31 August 2015
Istanbul Day 3

Disebabkan kami hanya ada sehingga jam 12.00 tengahari untuk bersiar-siar di Istanbul sebelum ke airport, sudah tentu hari ketiga juga dimulakan seawal jam 7.30 pagi. Lepas sarapan misi pertama adalah ke Masjid Biru. Kami ambil wuduk siap-siap di hotel. Sampai masjid terus solat sunat. Orang pun tidak ramai sebabnya masih awal pagi. agak tenang kami didalam masjid.

Masjid Biru

Ada sorang je Makcik dekat dalam kawasan solat wanita semasa kami disini.

Disebabkan Museum Pass kami masih valid, kami ke Istanbul Archaeology Museum yang terletak bersebelahan Topkapi Palace. Apalah nasib kami, museum ini juga turut dalam proses pemuliharaan. Pasrah betul.  

Dalam jam 12.00 tengahari kami bergerak ke Istanbul Ataturk Airport. See you next month Istanbul dan bermulalah penjelajahan merentasi beberapa negara bekas Yugoslavia. Hello Slovenia!

Location: Istanbul, İstanbul, Turkey

2 comments:

Zara AB berkata...

Harus redha dan pasrah je kan kalau kerja2 refurbishment tengah buat. Pasti nampak scaffold sana sini kan? I saw once in my friends photo yang ke Hagia Sophia. Mereka dibenarkan masuk eventhough ada keje2 sedang dijalankan. Tapi mencacatkan gambar sbb scaffold elok je kat tgh2.

Seronok saya baca pengalaman ke Balkan nie.

Dalam menyiapkan rangka itinerary ke Balkan juga tapi entah bile akan pergi.

Hidayah Rodhi berkata...

Zara AB,
Nasib la kalau berjalan musim panas dkt Europe mmg bnyk la kerja-kerja pembinaan rancak sana sini. Betul, masuk dlm Hagia Sofia tu nak ambik gambar pun tak berapa best sebab nampak scaffold.

Semoga terlaksana suatu hari nnt ke Balkan. Ameen