Jumaat, 18 Disember 2015

Into The Balkans : A day in Jerusalem of the Balkans with Neno

Assalamualaikum and Zdravo!


Info berkaitan walking tour boleh didapati di SINI

Tempat berjumpa adalah di Susan Sontag Square. Selepas Neno, our tour guide brief sikit sebanyak tentang program pagi ini, kami terus memulakan perjalanan menjelajah Sarajevo bersama Neno. Apa yang menarik bila join walking tour dengan orang local adalah dapat mendengar sendiri pengalaman mereka semasa perang.

Neno berumur 7 tahun semasa perang berlaku, sehingga kini Neno masih tidak boleh mendengar bunyi letupan bunga api kerana dia akan trauma. Sekiranya orang lain bergembira semasa sambutan tahun baru dengan pemandangan bunga api, Neno lebih selesa berada dirumah.

"During the war, my mom used to walk 4km to work and back everyday, and she insisted on wearing heels. My sister said to her: you crazy woman, how are you going to run from snipers in those heels? My mom replied - if I die, I want to die looking good.


Rupanya memang semua wanita di Bosnia menghiaskan diri untuk melupakan seketika dengan apa yang sedang berlaku disekeliling mereka semasa peperangan. Kesimpulan ini saya buat berdasarkan cerita daripada Neno dan juga beberapa buku catatan yang ditulis oleh wartawan perang yang bertugas disana semasa perang ada mencatatkan perkara yang sama.

Tempat perjumpaan bersama Neno dan ahli rombongan yang lain


1st stop adalah sebuah pasar. Di dinding merah itu terdapat nama-nama yang terkorban dikawasan pasar semasa perang


Menuju ke salah sebuah gereja yang terdapat di Sarajevo, Sacred Heart Cathedral


Antara bangunan yang terjejas teruk akibat perang. Terbiar sebigini rupa sehingga sekarang adalah disebabkan pihak kerajaan sukar mencari pemilik asal atau dokumen hakmilik yang masih belum diperolehi - Neno


Semasa berada dikawasan ini, Neno menceritakan bahawa selain gereja dan synagoge, masjid juga banyak dibina disekitar Sarajevo. Ini adalah kerana bentuk muka bumi yang berbukit menyebabkan setiap kawasan dibahagian tanah tinggi mempunyai rumah ibadat sendiri yang bersaiz kecil.


This cathedral was constructed in Neo-Gothic styles. The two bell towers are 43.2 m high.

Bangunan paling hodoh di Sarajevo - Neno




Kawasan terpenting punca berlakunya perang dunia pertama. The Latin Bridge


Neno dengan penuh perasaan bercerita tentang pembunuhan Archduke Franz Ferdinand




Sarajevo Rose is a concrete scar caused by a mortar shell's explosion that was later filled with red resin. Mortar rounds landing on concrete create a unique fragmentation pattern that looks almost floral in arrangement. Because Sarajevo was a site of intense urban warfare and suffered thousands of shell explosions during the Siege of Sarajevo, the marked concrete patterns are a unique feature to the city - From Wikipedia


Garisan pemisah antara dua kawasan bandar yang berbeza pengaruh dan imejnya


Runtuhan binaan lama semasa zaman Ottoman. Merupakan kawasan hostel untuk penginapan para pedagang yang datang berniaga di Sarajevo


Jam ini sangat menarik konsepnya. sekiranya jarum jam menunjukkan pukul 12 (seperti jam biasa) ianya bermaksud telah masuk waktu Magrib. Seperti sekarang, masih ada lebih kurang lapan jam sebelum masuknya waktu Magrib. Penjaga yang ditugaskan untuk memastikan jam ini berfungsi setiap tahun telah diamanahkan kepada sebuah keluarga turun temurun sejak zaman Ottoman sehingga sekarang.


Merupakan tandas yang dibina sejak zaman Ottoman dan masih boleh digunakan sehingga sekarang secara percuma!


Masjid Gazi-Husrev-Beg

Ini juga merupakan salah satu peninggalan zaman Ottoman. Bilik untuk orang yang bermusafir. Boleh menginap selama 3 hari secara percuma untuk semua musafir dan pedangang.


Walking tour kami berakhir disini. Sebelum berpisah Neno memberikan satu peta Old Town Sarajevo yang menunjukkan restaurant yang wajib dikunjungi


There was no street fighting in Sarajevo. All there holes you see are from explosions and shrapnel. On average, we got 300 bombs a day during those 44 months.

Selepas kami berpisah dengan Neno, kami makan tengahari disalah sebuah restaurant yang dicadangkan oleh Neno. Kemudian solat di Masjid. Selepas itu, kami menjelajah beberapa peninggalan Gabenor terkenal Gazi-Husrev-Beg. 

Disebabkan masih ada masa disebelah petang, kami pergi semula ke kawasan disebelah barat Sarajevo untuk berjalan-jalan menikmati keindahan bandar.




Gereja Orthodox


Leka juga kami melihat pakcik-pakcik ini bermain. Kalau ikutkan hati nak je tegur sembang dengan diorg. Tanya pengalaman hidup semasa perangkan, tapi haruslah tak! nak cakap bahasa apa pulak kan.

0 comments: