Sabtu, 14 Januari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Coronation Hill

Assalamualaikum and Hello all!

19 November 2016

Flight kami landed pada jam duabelas lebih tengah malam. Hanya pesawat kami sahaja yang tiba masa tu jadinya orang tidak ramai dan aman tenteram sunyi sepi sajalah. Lepas dah keluar daripada arrival, cop passport, check beg makanan and anjing datang hidu beg semua tu, kami tempat nak lepak sementara tunggu masa cerah nak pergi ambik kereta.

Owh sebelum tu, sempat beli simcard sebelum kedai katup. Nasiblah wifi laju, layan la segala mala youtube. Nak tido memang tak lah sebab diri ini memang jenis payah nak tido kalau keadaan sekitar ada orang berborak, gelak, bunyi2an semua tu. Mr I dah selamat tido dengan nyenyak.

Disebabkan kami ditugaskan untuk terus membeli barangan memasak, jadinya pagi tu masa breakfast sempat la bincang nak beli apa, nak masak apa, pening la jugak sebab chef asal yang dah plan semua menu terpaksa tarik diri disaat-saat akhir perjalanan. (dahla tak pandai masak, berdebar pulak rasa)

Tapi disebabkan kami akan ambik kereta awal pagi, jadi dicadangkan untuk pergi merayau-rayau dulu dekat Christchurch sebelum pergi ke pasaraya. Hasil google, kami pilih kawasan bukit, Coronation Hill yang memandang Lyttenton Harbour. Sebab pilihan tempat kerana jarak tidak jauh mana pun nak drive.

Kiri kanan depan belakang penuh dengan pokok kuning ni

Seronok jalan-jalan panjat bukit ini sebab tak ramai manusia pun. Orang tempatan banyak berbasikal jadinya track ini agak sunyi. Ada la terserempak dalam tujuh ke lapan orang je sepanjang layan perasaan dekat bukit ni.








Misi kami seterusnya terus ke ParknSave. Beli lah apa yang dirasakan perlu dan sesuai untuk masak-memasak esok hari. Sebelum balik terus beli kebab dekat foodcourt sebab malas nak masak dengan dua orang je yang nak makan pun kan.

Perut kenyang jadinya misi seterusnya adalah check in motel dan membuta. Ngantuk gila kot sebab dah dua malam tak tido dengan betul dengan tak mandi dua hari! Nasib cuaca sejuk. Dalam pukul tiga petang jugalah dapat tido. Bangun-bangun je, dah jam 10 malam! fuh nasib kawan-kawan sampai jam 12 tghmalam.

Bersiap-siap lah kami nak pergi menyambut kawan-kawan seperjuangan untuk sama-sama mengharungi misi penjelajahan #se7ventofour.

Sambutan menyambut kedatangan kawan-kawan


Location: Christchurch, New Zealand

0 comments: