Ahad, 12 Ogos 2018

Jinak-jinak Rusa di Nara

Assalamualaikum dan Hello semuanya!

| 28 November 2017 |

Hari ini misi kami adalah ke Nara pada sebelah pagi. Daripada Shin-Osaka kami naik train yang valid dengan JR Pass ke Tsuruhashi ( JR Osaka Loop Line) then tukar Kintetsu Nara Line. Jadinya bayar tiket daripada Tsuruhashi ke Nara je lah. Owh utk route Kintetsu ni kami dah guna ICOCA Card. Sebabnya hasil bacaan, jarak station JR untuk ke Nara ni jauh sket compare dengan Kintetsu.

Kintetsu Nara Station

Kalau jalan terus sampai hujung, ada dua tempat makan Halal. Satu tu siap ada sediakan surau. Mochi Nara yang glamour pun dekat kawasan situ. Wajib beli!

Dekat Nara ini jugak kami dapat layan view autumn yang best!






Geram betul tengok diorg ini. Rasa nak angkut bawak balik sekor





Inilah makanan tengahari kami. Kebab. Mulanya nak makan dekat kedai yang ada surau tu. Tapi tutup pulak. Jadinya kita makan kebab je lah.

Sementara tunggu kebab siap, dekat sebelah kedai dia ada kedai mochi nara tu lah. Tekun budak ni buat kerja. Video depa dok tumbuk tepung tu ada dekat insta. Malas pulak nak letak dekat sini.


Sebabkan malam awal kan. Jam 5 lebih dah gelap. Jadi kami pun jalan kaki ke station JR Nara untuk solat jamak zuhur + asar. Nak solat dekat sini kena tulis nama dulu, then baru dia bagi kunci (untuk perempuan la, lelaki rasanya tak kunci. Lepas itu, misi kami adalah melihat sunset Osaka diatas bangunan tinggi di Jepun yang siap pada tahun 2014.
Location: Nara, Nara Prefecture, Japan

0 comments: