Assalamualaikum dan Hello semuanya!
Lepas selesai solat, kami menuju ke station Tennoji. Beli tiket nak naik atas bangunan ni secara walk-in je. Tak ramai pun orang yang tengah beratur plus banyak kaunter dia bukak. Cara nak beli tiket and semua info pasal bangunan ni sila tekan Abeno Harukas
Skali agak mendung cuaca petang tu.
Ini je lah yang dapat kami tengok. Jadinya lah kan.
Platform dia ada dua tingkat, tapi masa kami sampai ni yang level atas tutup sebab ada kerja-kerja pembaikan kot. Dekat bawah tu ada level yang depa buat restsurant. Boleh je turun bawah jalan-jalan.
Hello there!
Alang-alang bayar kan, haruslah guna fasiliti dia. Cantik kot view toilet ni
Dekat atas tu, setiap beberapa minit depa akan pasang show dekat dinding bangunan tu. Rasanya time malam ja lah kot. Kalau siang kan cerah tak dapat nak tengok. Layan jugak aaaa.
Setel misi dekat sini kami pun beransur ke tempat shopping paling glamour di Osaka. Bukan nak shopping lagi, tapi nak beli makanan dan tengok suasana malam dekat situ je dulu.
0 comments:
Catat Ulasan