Assalamualaikum and Hello semuanya.
| 28 November 2017 |
Masih dihari yang sama selepas kami di bangunan tertinggi di Jepun, destinasi seterusnya adalah kawasan shopping yang wajib pergi di Osaka. Osaka Shopping Area.
Plan malam ni hanya melawat kawasan, beli dinner dan lepak tepi sungai. Dalam melawat kawasan tu, terbeli juga la beberapa barang. Huhu, iman tak kuat betoi. Masa dekat sini lah kami jumpa satu group orang Malaysia. Sembang-sembang depa tanya tau dak nak beli kain cotton dekat mana area sini. Kebetulan my sis yang study dkt Jepun dulu ada bgtau tempat kain cotton area sini, jadi sempat la jugak tunjukkan cara nak pergi ke sana nnt. Tak sure lah depa jumpa or not, moga beroleh la hasil hendaknya.
Jomlah layan apa yang ada sekitar kawasan ni. Sembang banyak pun tak guna (padahal malas nak mengarang)
Balik semula ke airbnb kami siap-siap kemas barang sebabnya esok nak ke Kyoto. Bermalam tiga malam dekat sana nanti. Esok pun masih boleh guna JR Pass kami tu. So jimat lah kos ke sana.
0 comments:
Catat Ulasan