Assalamualaikum dan Hello semuanya!
OK post kali ni nak review pasal tempat penginapan kami sepanjang tempoh berkelana di Semenanjung Iberia ni.
( Nota : E = Euro )
( Nota : E = Euro )
SPAIN
MADRID
Cosy Flat : 3D2N
Cost : E 165.00
Check-in : 3/11/2018
Check-out : 5/11/2018
Review : 8/10
Lokasi : Berdekatan dengan 24hrs Carefour, Lapavies Train Station, banyak kedai makan Halal kami ada jumpa kedai runcit orang Bangladesh jual beras, cili padi, daging halal, kicap, sos siap ada sorang boleh cakap bahasa malaysia lagi sebab ada sedara kerja dekat Ampang. So kawasan ni nak cari makanan halal memang senang. Dekat jugak dengan Atocha Station, kami jalan kaki ja masa sampai tu. Tapi amaran perjalanan adalah secara mendaki untuk sampai ke kawasan apartment, tapi nak ke no.pintu rumah tu turun bukit balik.
Fasiliti : Rupa bentuk apartment ni memang sama dengan gambar-gambar dalam booking.com, internet pun laju je. Barang masak pun semua lengkap. Cumanya tangga nak naik ke tempat tidur tu curam sket la. Nak solat dekat atas memang tak lepas la ketinggian untuk berdiri tengak. Kena solat bawah. Mesin basuh pun ok boleh digunakan.
Tempat tido dekat bahagian atas (loteng)
Kedai ni juai daging halal and cili padi (bnyk lagi la sayur lain dia juai..tp nak highlight yg tu ja)
Ni awai pagi nak p menjelajah Madrid. Mendaki bukit la balik.
Bangunan berdepan dengan apartment kami. Lebih kurang mcm ni jugak la rupa bentuk bangunan apartment kami pun. Lupa nak ambik gambaq.
Hostal Residencia Fernandez : 2D1N
Cost : E 75.00
Check-in : 19/11/2018
Check-out : 20/11/2018
Review : 8/10
Lokasi : Hostel ni kami ambik bilik berempat dengan private toilet. Besar luas elok lepas tu bukak tingkap terus mengadap Museum Rania Sofia. Lokasi dia lagi dekat dengan Atocha Station berbanding apartment sebelumnya. Dekat sini pun banyak jugak kedai makanan halal, cuma kedai runcit halal tak jumpa dekat sini.
Fasiliti : Sebab kami hanya bermalam satu malam, tak pergi melawat habis kawasan hostal ni. Tak pasti dekat mana kawasan dapur dia, ada ke tak pun tak perasan pulak. Urusan masuk pun ok je, kami sampai awal pagi daripada Coimbra tu, dalam jam 9.30 dah sampai hostal. Ingat memang nak kena tinggal barang je lah dulu, skali dia cakap ok dah boleh masuk bilik sebab bilik dah ready. Alhamdulillah. Wifi pun ok, stabil.
TOLEDO : 2D1N
La Casa Del Grial
Cost : E 72.00
Check-in : 05/11/2018
Check-out : 06/11/2018
Review : 8.5/10
Lokasi : Parking free, dah ada parking disediakan. Kawasan parking pun dekat sangat dengan Apartment. Pekerja pun peramah walaupun English diorg tak seberapa pun. Siap ada time kena dia suruh taip dekat google translate. Kami jalan kaki saja dekat sini, tapi sebab keluar explore pun dah gelap kan, so mcm tak berapa nak explore sngt la town ni sebenarnya, ditambah pulak masa sampai tghr tu hujan.
Fasiliti : Kami dapat upgrade daripada Apartment satu bilik kepada Apartment dua bilik. Satu bilik dekat bawah, satu lagi bilik skali dengan hall and dapur dekat atas. Ada dua toilet juga, satu atas satu bawah. So memang luas dan selesa sangat lah. Wifi pun laju.Yang tak bestnya, washing machine dia tak boleh nak guna. Mulanya dia tak bgtau..bila on ja tetiba blackout satu rumah, bahaha...inform dia, baru bagi tau tak boleh guna. Cis!, nasib la rumah ko nih besaq dan internet laju, dapoq pun view cantik ja nak masak pun happy. Bab x boleh basuh baju ni kita tolak tepi je lah.

Bilik dekat tingkat atas.
View daripada tingkap bilik.
View daripada courtyard. Kami naik sampai atas tangga courtyard dptla view ni.
Tukang masak sedang beraksi
View drpd tingkap dapoq
Bilik tido dkt bahagian bawah. Tingkap depa nampak la courtyard
Jom makan.
CORDOBA : 2D1N
Apartamentos Cordoba Best II
Cost : E 55.00
Lokasi : Dekat sangat sangat dengan The Great Mosque of Cordoba. Parking pun ada tp kena bayar masa nak keluarkan kereta. Kalau tak silap one day, 6 euro kot. Lupa dah berapa harga parking sebab kami tak payah bayaq, kes kereta kena tarik dengan Europcar. #jimatduit
Fasiliti : Pekerja dia semua sangat baik dan boleh cakap English dengan baik. Apartment kami di tingkat dua, ada lift. Mesin basuh berfungsi elok, pekakas masak ok la, boleh la nak masak simple2 lepas. Wifi laju, heater dia pun semua elok.
Apartamentos Cordoba Best II
Cost : E 55.00
Check-in : 06/11/2018
Check-out : 07/11/2018
Review : 9/10Lokasi : Dekat sangat sangat dengan The Great Mosque of Cordoba. Parking pun ada tp kena bayar masa nak keluarkan kereta. Kalau tak silap one day, 6 euro kot. Lupa dah berapa harga parking sebab kami tak payah bayaq, kes kereta kena tarik dengan Europcar. #jimatduit
Fasiliti : Pekerja dia semua sangat baik dan boleh cakap English dengan baik. Apartment kami di tingkat dua, ada lift. Mesin basuh berfungsi elok, pekakas masak ok la, boleh la nak masak simple2 lepas. Wifi laju, heater dia pun semua elok.
Kawasan living and dapur serta dining. Dua katil lipat kami bentang depan sofa.
Bilik tido. Apartment jenis satu bilik dkt Cordoba ni
ZAFAYONA :2D1N
Hotel Poniente
Cost : E 62.05
Lokasi : Dekat dengan jalan utama nak ke Granada. Kalau musim summer kami mungkin akan terus masuk ke Granada terus, sebab lebih kurang dlm 30 minit je daripada sini nak sampai ke sana. Tapi sebab musim hujung autumn kan, gelap cepat. So kita pilih stop odw. Tak susah nak cari hotel ni.
Fasiliti : Kami ambik dua bilik dekat sini sebab tak de bilik utk empat orang. Bilik kami dpt satu katil queen. Bilik ni besar betul. Almari besar, toilet besar memang boleh je nak duduk empat orang letak dua katil single pun muat lagi bilik ni. Satu lagi bilik dua katil single. Saiz dia normal saiz dan selesa la. Wifi sini kureng sket. Sendu-sendu gitu.
Hotel Poniente
Cost : E 62.05
Check-in : 07/11/2018
Check-out : 08/11/2018
Review : 7.5/10
Review : 7.5/10
Lokasi : Dekat dengan jalan utama nak ke Granada. Kalau musim summer kami mungkin akan terus masuk ke Granada terus, sebab lebih kurang dlm 30 minit je daripada sini nak sampai ke sana. Tapi sebab musim hujung autumn kan, gelap cepat. So kita pilih stop odw. Tak susah nak cari hotel ni.
Fasiliti : Kami ambik dua bilik dekat sini sebab tak de bilik utk empat orang. Bilik kami dpt satu katil queen. Bilik ni besar betul. Almari besar, toilet besar memang boleh je nak duduk empat orang letak dua katil single pun muat lagi bilik ni. Satu lagi bilik dua katil single. Saiz dia normal saiz dan selesa la. Wifi sini kureng sket. Sendu-sendu gitu.
GRANADA : 3D2N
Apartamento En Centro Historico
Cost : E 120.00
Apartamento En Centro Historico
Cost : E 120.00
Check-in : 08/11/2018
Check-out : 10/11/2018
Review: 9/10
Lokasi : Apartment dia lokasi memang terbaik. Tengah2 old town Granada. Ada balkoni mengadap jalan utama. Malam-malam or pagi-pagi lepak sini mmg best. Macam macam gelagat manusia nampak. Memang bestlah duduk sini dua malam dekat Granada ni. Tapi parking dia agak jauh sket la drpd rumah. Bila nak sampai town ni nnt owner akan wasap tgu dekat tempat parking. Bagi ja dia kunci kereta nnt dia tlg park n keluarkan kereta. Sebabnya kawasan parking dia mmg mencabar minda nak buat sendiri. Kedai runcit pun banyak je disekitar kawasan.
Fasiliti : Apartment ni satu bilik, satu lagi katil sofa bed. Luas je rumah ni. Cermin dia banyak betul. Boleh ambik sorang satu. Mesin basuh dia special sket, nak kena tekan betul2 butang start dia. Last2 kami sendal dengan chopping board dekat situ. Ada lift, barang masak semua complete. Sepanjang duduk sini tak terserempak pulak dengan orang lain. Dengar bunyi diorg jalan dekat luar and jiran sebelah dok sembang dekat balkoni je.

Lokasi parking kereta kami.
Apartment kami diantara bangunan dekat atas ni. Masuk situ terus nampak balkoni. Sepanjang jalan ni banyak ja kedai halal, souvenir and kedai beg kulit.
RONDA : 2D1N
Hotel Andalucia, Ronda
Cost : E 82.00
Lokasi : Dekat dengan train station, betul-betul depan. Parking senang sebab free je dekat tepi-tepi jalan tu. Jarak nak jalan kaki ke kawasan tarikan pun semua walkable. On the way tu boleh jumpa beberapa kedai makan halal dekat sini.
Fasiliti : Dua bilik jugak kami ambik dekat sini. Bersih kemas dan luas bilik dia. Heater dia mmg terbaik! Harga skali dah termasuk breakfast. Roti, fresh oren yang betul2 dia perah depan mata, hot chocolate. Roti dia besaq sorg satu, ambik la berapa banyak jem, butter hang pa nak sapu.
Hotel Andalucia, Ronda
Cost : E 82.00
Check-in : 10/11/2018
Check-out : 11/11/2018
Review: 8.5 / 10
Review: 8.5 / 10
Lokasi : Dekat dengan train station, betul-betul depan. Parking senang sebab free je dekat tepi-tepi jalan tu. Jarak nak jalan kaki ke kawasan tarikan pun semua walkable. On the way tu boleh jumpa beberapa kedai makan halal dekat sini.
Fasiliti : Dua bilik jugak kami ambik dekat sini. Bersih kemas dan luas bilik dia. Heater dia mmg terbaik! Harga skali dah termasuk breakfast. Roti, fresh oren yang betul2 dia perah depan mata, hot chocolate. Roti dia besaq sorg satu, ambik la berapa banyak jem, butter hang pa nak sapu.
Daripada pagaq luaq hotel
Jalan depan hotel. Memang agak sunyi sket jalan depan ni. Tak banyak kereta lalu.
SEVILLE : 3D2N
The Zentral Plaza de Armas
Cost : E 151.29
Lokasi : Dekat dengan Plaza de Armas. Sebab pilih lokasi ni sebab akan naik bus ke Faro daripada station ni. Agak jauh la jugak dengan old town and major sites dia, tapi ok je kalau suka jalan-jalan towntrail ni. Ada carefour berdekatan dengan apartment ni.
Fasiliti : the best apartment in Spain yang kitorg duduk. Luas sungguh apartment ni. Dapur pun complete. Urusan nak checkin and checkout pun mudah. Parking boleh park dekat Plaza de Armas, tapi x sure berapa harga sebab kami dah pulangkan kereta dekat sini. Dekat tingkap rooftop ada mesin basuh dengan dryer. Kami dua kali cuci baju dekat sini. Free.
The Zentral Plaza de Armas
Cost : E 151.29
Check-in : 11/11/2018
Check-out : 13/11/2018
Review: 9.5 / 10Lokasi : Dekat dengan Plaza de Armas. Sebab pilih lokasi ni sebab akan naik bus ke Faro daripada station ni. Agak jauh la jugak dengan old town and major sites dia, tapi ok je kalau suka jalan-jalan towntrail ni. Ada carefour berdekatan dengan apartment ni.
Fasiliti : the best apartment in Spain yang kitorg duduk. Luas sungguh apartment ni. Dapur pun complete. Urusan nak checkin and checkout pun mudah. Parking boleh park dekat Plaza de Armas, tapi x sure berapa harga sebab kami dah pulangkan kereta dekat sini. Dekat tingkap rooftop ada mesin basuh dengan dryer. Kami dua kali cuci baju dekat sini. Free.
Ruang tamu
Kawasan kami lepak makan-makan dekat meja ni
Bilik ayaq dia pun luas
Pintu bilik no.1, bilik ayaq and lagi satu bilik sebelah kanan skali
Pintu masuk utama. Tingkap sebelah kanan tu tingkap ruang tamu unit apartment kami.
PORTUGAL
LISBON : 4D3N
Residentas Aurea
Cost : E 249.86
Cost : E 249.86
Check-in : 13/11/2018
Check-out : 16/11/2018
Review: 10 / 10
Lokasi : Jalan kaki 3 minit sampai daripada metro station. Memang central la kawasan ni. Nak ke Alfama pun boleh jalan kaki. Pergi kedai runcit Asian dekat sini, macam orang apa je jerit-jerit dalam kedai bila jumpa paste tomyam, rendang, kari, dhal...roti canai, roti prata yang frozen. Maggie ka Samyang ka semua ada. Mana tak happy. Kedai ni dekat la daripada rumah pun.
Fasiliti : The best apartment untuk trip ni. Walaupun apartment ni satu bilik, satu katil lagi sofa bed, tapi tip top. Best kot balkoni ko boleh nampak tram lalu kiri kanan. Basuh baju pun terus kering gitu sebab ada dryer skali built in. Siap ada stock beras ok. Cereal and pasta. Memang habis dikerjakan kami yang #cheapskatesejati ni.

Jalan depan bangunan apartment kami. Teruja sangat duduk tpt best sampai lupa nak ambik gambaq hahaha.
PORTO : 3D2N
Bnapartments Loftpuzzle
Cost : E 140.00
Bnapartments Loftpuzzle
Cost : E 140.00
Check-in : 16/11/2018
Check-out : 18/11/2018
Review: 9 / 10
Lokasi : Dekat sangat dengan Sao Bento Station. Jalan tak sampai 5 minit pun. Ini pun kira central jugak la, sebab staff apartment ni cakap, landmark nak towntrail Porto ni, dataran dia. Pusing area kiri or kanan make sure sampai dataran ni balik. Mini Market and kedai buah pun boleh je nampak daripada tingkap rumah. Walaupun central tapi malam-malam sunyi je. Tak de la bising.
Fasiliti : Sini tak de mesin basuh, itu je beza dia dengan apartment lain yang kami duduk. Tapi smart la design dia. Luas pun luas, wifi pun laju, duduk dekat luar rumah pun still boleh dapat wifi. Bawah dia ada kedai ice cream sedap gila!
Ruang tido
Toilet
Dapur
Satu malam kami tido dalam train. Masuk je cabin, cuci2 muka (dalam tu ada sink) dia bagi mineral water dengan berus gigi and ubat gigi free. Terus tido. Nak kata lena sangat tu tak dak jugak kan sebab bergerak-gerak..tapi ok la. Sunyi ja. Tak dengar suara orang lain langsung. Bila dah pagi, nak dekat sampai tu ja, baru dengar suara orang. Kalau nak solat dalam ni mmg kena solat duduk la sebabnya tak luas mana pun kawasan dalam dia. Tapi tempat nak gantung jacket and beg semua ok la.
Gerabak keretapi
Cama Turista
Ok selesai sudah cerita bab penginapan. Jadinya total kos penginapan kami : E 1,172.20 untuk empat orang.
So semua diatas kecuali train, dibuat tempahan di booking.com. Kalau sapa nak p travel dalam masa terdekat nak diskaun 10% boleh click link DISINI. Sejak travel ni, kalau x booking dekat airbnb, memang booking je lah tempat pilihan utk cari penginapan. Senang, nak cancel pun free (kalau pilih yang free utk cancel la kan) and tak pernah lagi buat hal yang mcm sampai hotel eh nama ko tak de pun dalam sistem depa utk checkin.
Till then.
(catatan perjalanan lebih update di instagram hidayahrodhi berbanding blog dan ada video skali. harapnya blog ni akan terus diberi perhatian oleh penulis #penyakitmalasnakuploadpilihgambartransfergambar)
0 comments:
Catat Ulasan