Assalamualaikum dan Hello semuanya.
Baru ada mood nak update pasal trip last thn ni, walaupun awal tahun hari tu ada trip mengejar bunga matahari di Thailand (tapi rasanya ramai dah ada info pasal trip ni, jadinya malas nak update dekat blog).
So, tahun 2018 ini sebenarnya plan nak ke Central Europe. Tapi bila tengok date cuti, season apa dekat sana semuanya plus harga tiket flight yang mampu milik, kami ubah haluan ke Al-Andalus. Memang masuk list la Al Andalus ni (sebagai orang yang suka sejarah kan, wajib la mai tengok hasil tinggalan kerajaan Islam terunggul di Eropah ni)
Kapal Terbang
Berdasarkan date kami, hanya ada dua option flight yang mampu milik. KLM dan BA. Dua-dua airline ni boleh dapat tiket return 2.3k to 2.5k. Tapi, untuk yang pilih BA kena make sure betul-betul airport transit adalah sama dengan connecting flight. Pikir, bincang, pikir, bincang semua setuju ambik flight KLM. So selesai lah sudah part beli tiket flight ni.
KLIA - AMS
Then kita kaji pulak bandar mana yang nak cover. Barcelona atau part North Spain ni mmg kami dah tolak tepi lah sebabnya kalau nak cover jugak mmg kena cuti sebulan (silap2 bos tak lulus langsung cuti banyak sngt ni)
Spain + Portugal vs Spain + Morocco mana satu pilihan hati. Berjaya yakinkan ahli jemaah semua, kita asingkan lah negara dalam benua Africa ni dulu. Ada rezeki kita focus khas untuk benua Africa dalam trip akan datang.
Bandar - bandar yang kami lawati :
KLIA - Amsterdam (transit) - Madrid - Toledo - Consuegra - Cordoba - Osuna - Zafayona - Granada - Ronda - Sevilla - Faro - Lisbon - Sintra - Porto - Coimbra - Madrid - Ams - KLIA
(Kiranya perjalanan kami kali ni memang lawatan ke negara bekas penjajah)
Agak letih la jugak kan bila naik flight lama, 13 jam ni. Masa pergi tu rasa la lama nya nak sampai. Tapi masa balik, mmg tido je memanjang so macam tak terasa sangat la lama dlm flight tu. Pengalam naik KLM ni kira ok la. Makanan pun ok, hiburan pun ok banyak la jugak pilihan, FA pun semua peramah dan mesra alam walaupun kebanyakkan diorg nampak dah berusia gitu.

Kereta Sewa
Kami pilih Europcar dengan total 6 hari sewa. Ambik kereta di Madrid, hantar di Seville. Mahal sket sebab kena bayar one way cost. Manual jauh lebih murah daripada Auto. Tapi kami pilih Auto, but masa dekat sana dua hari je dapat pakai Auto. Kereta rosak, tukar naik kereta manual. Jimat la sikit part ni sbb dpt balik duit perbezaan tu.
Harga ni belum tolak balik perbezaan harga kami dapat bila kena tukar kereta manual tu. Minyak pulak kami isi skali je, total RM280.28. Tol memang tak de lah sbb kami pilih route yang tidak bertol. Jalan tak kena tol pun elok je.
Keretapi
Nak beli tiket dekat Spain ni trick sikit. Payah betul. Dah la tak friendly langsung. Part nak bayar plak kalau guna CC or Debit Card mmg tak lepas. Last skali guna Paypal baru lepas. Perjalanan yang perlu booking awal ni, utk route Coimbra - Madrid. Kami ambik Tren Hotel jenis Cama Turista Cabin Family so dpt lah murah.
Masa dekat Portugal kami naik keretapi untuk semua perjalanan ke bandar-bandar pilihan. Sila beli awal dua bulan untuk dapat harga murah. Beza sangat kalau beli dengan harga normal. Boleh selalu check website CP untuk tengok jadual dan harga. Mudah dan senang je website dia. Nak pakai debit pun lepas.
Bus
Perjalanan bus ni kami naik daripada Seville ke Faro. Kira route international. Ini pun beli awal untuk harga separuh daripada normal. Beli thru website ALSA, pun sama kena guna Paypal baru boleh bayar.
Bayaran Masuk
Bab nak masuk Alhambra memang kena beli awal. Awal dia tu ala-ala sama awal macam nak beli tiket train. Lambat beli slot masa dah habis untuk sesi pagi kena masuk petang or habis terus untuk hari tersebut. Nanti update entry khas untuk Alhambra ni (harap masih rajin)
Hotel / Apartment
Macam biasa memang booking.com je la jadi pilihan bila bab nak cari penginapan ni. Kami banyak ambik jenis Apartment sebabnya nak basuh baju and nak masak segala bagai kan.
Ok, sampai sini dulu. Bai

Bus sudah sampai at Plaza de Armas, Seville

0 comments:
Catat Ulasan