Isnin, 14 Januari 2019

Al - Andalus 2018 : Mirador del Valle, Toledo

5 November 2018

Assalamualaikum dan Hello semuanya.

Sepertimana ramalan cuaca semalam, sungguh la hujan awai pagi di Madrid. Tapi hujan dia turun hat jenis lek lek ja pun. So dua orang pergi ke Atocha Station untuk ambik beg, dua orang lagi tunggu dekat apartment bawak turun siap-siap beg semua. Urusan ambik kereta semua senang ja. Masa nak ke apartment daripada train station ni jem la pagi Isnin kan. Tapi mujur 10 minit je pun perjalanan.

Setel angkut beg semua, kita kena pergi setelkan balik semula urusan ahli jemaah yang kena pickpocket semalam tu. Sebab semalam Ahad kan, pejabat tutup. So kena setel hari ni. Syukur jugak la kami tak perlu nak kejar train ka bus ka hari ni. Sebab bawak kereta sendiri, so tak terikat dengan masa. Syukur. 

Dalam jam 11.00 jugak la kami start keluar ke bandar Toledo ni. Jalan raya depa ni yang tak bertoll pun keadaan dia mcm PLUS ja. Beza dia RNR dia station minyak and ada la kedai dalam tu. Tapi ok ja pun.

Bila sampai Toledo langit masih lagi suram. Kami terus ke lookout point Toledo, Mirador de Valle. Daripada sini banyak la view point yang kita dapat enjoy. Memang depa sediakan tempat parking tepi jalan. So tak dak la mengganggu kenderaan lain yang nak lalu.


Tempat lokasi perhentian pertama, langit Toledo pun suram kelabu hari ini. 
Berjangkit dengan cuaca Madrid


Tempat gigih panjat batu-batuan untuk ambik gambar dua diatas. 
Seorang ahli jemaah masih gigih disitu

Perhentian kedua, bahagian atas lagi. 
Daripada sini memang boleh nampak satu bandar Toledo


Paling atas tempat persinggah

Puente San Martin, sebab hujan ambik gambar kejap je dekat sini

Pintu masuk Puerta Del Cambron. 

Kami parking dekat tepi jalan area sini. Niat dihati nak jalan-jalan sekitar kawasan sini sebelum ambik kunci. Kejap je sempat jalan-jalan terus dah hujan agak lebat. Jadinya, terus masuk salah satu bangunan bersejarah untuk menunggu hujan reda.
Location: Toledo, Spain

0 comments: