4 November 2018
Assalamualaikum dan Hello semuanya.
Kita teruskan tentang kisah di Madrid dengan situasi selepas berada tiga jam di balai polis Madrid. Bab drama ni, kita cerita nanti satu tajuk khas untuk peringatan bersama. Makanya, kami pun plan balik rumah dulu nak solat and makan area rumah yang banyak kedai halal tu.
Ditakdirkan Allah, kami lalu satu jalan lepas keluar Balai Polis tu ada banyak jugak kedai makanan halal. Terus kami masuk, tanya depa boleh dak nak tumpang solat dekat kedai depa ni. Alhamdulillah depa cakap boleh sister. Siap bawakkan kami, ada toilet semua skali tempat tu. Syukur. Lepas dah solat terus duduk order makan terus la jawabnya.
Lepas makan, kami plan jalan terus ke El Retiro Park. Tetiba dah lalu jalan bahaya dekat Madrid ni, Grand Via. Bahaya weh, kiri kanan kedai ni. Orang pun ramai, semua pakat dok pengang paper beg dua tiga. Kena kuatkan iman masing-masing supaya tidak shopping. Baru hari pertama ni, nak angkut beg tu ada lagi bebelas hari lagi.
Cantik-cantik bangunan dekat jalan ni. Kedai dia pun best sebab guna bangunan-bangunan lama ni
Ramai betul la manusia dekat jalan ni
Menarik sebab facade bangunan dia berbeza-beza. Macam-macam gaya rupa
Sampai sudah taman
Autumn yang tak berapa nak autumn
Bila kami jalan sampai seberang sana, langit pun sudah mula gelap
Nasib la gambaq dalam gelap. Tapi hp huawei yang dah retak ni memang tidak mengecewakan
Lepas dah gelap tu, jom la kita semua pulang ke rumah.
Cantik display dekat kedai ni
Tak masuk dalam, ambik dekat cermin luaq saja
Ok tamat sudah kisah seharian yang penuh drama suka dan duka di Madrid. Esok sebelum gerak ke Toledo, perlu ambik kereta dulu. Ramalan cuaca esok Madrid mendung, syukur lah kami dapat matahari terang hari ni. Marina, owner apartment pun ada habaq, last week for the whole week mmg gloomy ja Madrid ni.
0 comments:
Catat Ulasan