Isnin, 7 Januari 2019

Al - Andalus 2018 : Palacio Real de Madrid & Basilica de San Miguel, Madrid

4 November 2018

Assalamualaikum and Hello!

Lepas keluaq daripada market, kami terus jalan ke arah kawasan Istana, Palacio Real de Madrid. Sepanjang jalan tu, dah start jumpa ramai group pelancong ikut bendera. Kalau terdengar yang dalam English tu, stop sat join dengar sekejap #cheapskatesejati

Macam mana tak buat perangai tumpang dengaq, info hat dok ada pun dalam bahasa depa.

Ni la dia Istana tu. Tapi kerabat depa tak duduk Istana ni, depa duduk tempat lain. Sini memang tempat pelancong ja. Sebab Istana Negara pun tak pernah masuk, Istana ni kita ambik gambaq luaq pagaq ja lah. Nak masuk pun panjang gila line beratoq. 

Tengah dok sakan ambik gambar lompat-lompat, skali couple ni mintak kami tolong ambikkan gambaq. Jadinya kita pun tolong la, siap sorg bagi arahan nak tengok mana, nak pose lagu mana. Untung la sapa yang mintak tlg kami ambik gambaq ni.

Haaa.. ni la balasan kami mintak. Ambik kan gambaq kami berempat. Setting lokasi tempat angle semua kami dah set siap, tlg tekan ja. Kikiki. Gambar berempat pertama.

Ni bangunan gereja sebelah depan Istana dia. Tengokla dia punya pintu tu. Mmg mengundang untuk ootd lah.

Sakan orang zaman dulu bila mai tang design ni. Memang detail habis.

Lepas habis kawasan Istana ni, kami plan nak ke flea market. Tengah jalan ke sana, lalu pulak geng naik kereta comey ni. Siap bunyikan hon meriah-meriah gitu.

Lepas tu jumpa plak Basilica ni. Lokasi dia sebenarnya agak bersebelahan dengan market san miguel tadi. Tapi jalan lain, sebab tu tak nampak masa keluar market tu.

Bab pintu, tombol pintu so far rasanya sebelah Iberia ni mmg boleh menang. Macam-macam bentuk gaya dok jumpa.

Terus teringat cerita Harry Potter. Kami masuk dalam kejap tengok macam mana gaya dekat dalam tu. Ramai jugak orang dalam tu. Lupa plak hari Ahad. Tapi tak dak la depa dok nyanyi, semua senyap je.

Niat kami untuk ke Flea Market di El Rastro terbantut. Salah sorang ahli jemaah kena pick pocket. Memang dia tak sedar bila benda ni terjadi. Tetiba zip beg terbukak luas. Dan bermula lah drama paling unggul pernah terjadi sejak mula travel. Memang satu pengalaman yang amat berharga dan didoakan biarlah drama ni jadi sekali saja. Ameen.
Location: Madrid, Spain

0 comments: