Isnin, 18 Februari 2019

AL - Andalus 2018 : The Great Mosque of Cordoba

7 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Misi untuk masuk secara percuma ke dalam The Mezquita bermula awal pagi #cheapskatesejati. So kepada sesiapa yang kedekut dan sengkek macam kami, sila la keluar awal pagi ke sini. Setiap hari, gate untuk masuk ke dalam mezquita ini akan dibuka pada jam 8.00 pagi secara percuma. Tapi masa kami dekat sini depa bukak jam 8.15 pagi. Asalnya untuk penduduk tempatan yang nak masuk berdoa dalam kawasan gereja. So memang free saja. Masa kami sampai, memang tak de orang lagi la pintu yang kami tunggu tu. (Ada tiga pintu masuk kalau tak silap, tapi semua dia akan bukak waktu pagi ni).

Lepas kami beratur dalam 5 minit lebih macam tu, barisan dah start panjang. Tapi tak de lah panjang mana sangat kami rasa compare dengan waktu berbayar masa kami sampai semalam. Agak panjang la jugak petang smlm.

Bila dah bukak tu, masuk dalam suka hati la hang pa nak ambik gambar and perati menghayati senibina dalam tu. Yang bestnya selain free masuk (jimat E10 sorg) orang dekat dalam masa ni pun tak ramai. Agak tidak serabut lah nak ambik gambar. Tapi! masa yang diberikan tak lama. dalam jam 9.15 - 9.30 dia dah suruh keluar, sebabnya orang yang masuk berbayar akan mula masuk pukul 10.00 setiap hari.

Muka happy jadi orang pertama beratoq nak masuk free

Cantik sungguh senibina dalam masjid ni. Punya la besaq ruang solat (dulu la) menggambarkan betapa ramainya umat Islam di Al Andalus suatu ketika dulu.

Agak senang la jugak nak ambik gambar kawasan yang tak nampak orang kalau masuk pagi-pagi ni

Senibina yang akan mengingatkan kita dengan Tanah Haram di Mekah


Menuju ke kawasan Mihrab Masjid

Tinggalan tamadun Islam di Codoba

Tak boleh nak masuk dalam kawasan ni sebab berpagar, tengok daripada luaq ja

Dekat dalam ni ada jugak la pameran dan info-info pasal bangunan ni. Tapi itula dalam bahasa depa la. Takat dapat tengok gambar ja la kita pun. Ada satu bahagian tepi tu penuh dengan patung-patung agama Christian.

Bila ada salah sorang ahli yang bukan beragama Islam dan bukan dalam 'people of the book' ni  banyak la soalan daripada dia. Kenapa patung Mary ni sentiasa ada dalam gereja. Eh dia pun pakai tudung juga. Kena la terangkan dekat dia cerita sejarah para nabi sehingga lah ke nabi yang terakhir. Kena la terangkan siapa Mary @ Mariam, siapa Nabi Isa @ Jesus, siapa Nabi Ibrahim @ Abraham, siapa nabi Yahya @ John dan  kaitan dengan Mary dan Jesus. Dalam Al-quran ada satu juzuk khas nama dia, istimewanya insan bernama Mariam ni dalam Islam. Tak terpikir pulak nak sembang hal ini dengan orang bukan Islam dan apatah lagi kawan sendiri. (banyak lagi nak kena buat dekat dunia ni nampaknya sebagai umat Islam)

Gambar last sebelum kena keluar.

So bila dalam ni dalam waktu yang agak singkat (sebab #cheapskatesejati) rasa macam just nice je sebenarnya sebab nak baca satu-satu bahan pameran pun tak faham kan. Cerita sejarah bangunan ni dah baca dulu la sebelum sampai sini. For me, ok je duduk dalam ni sejam setengah.

Ahli jemaah yang gembira misi penjimatan duit berjaya dilaksanakan

Bai Cordoba kita jumpa lagi kalau ada rezeki.

Location: Córdoba, Spain

0 comments: