Rabu, 20 Februari 2019

Al - Andalus 2018 - Madinat Al-Zahra, Cordoba

7 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

So, lepas balik daripada The Grand Mosque of Cordoba angkut barang kemas apa yang patut kita pergi ke lobby apartment untuk serah kunci dan call Europcar untuk inform hantar teksi ambik kitorg pergi office depa dekat sini. Kereta kami yang asal depa dah mai angkut petang semalam. Mujur la mmg technician dia cakap memang masalah kereta bukan kami yang punca kejadian, tapi tak kisah la sangat bab tu sebab mmg ambik full insurance kan. Lega betul.

So sampai Europcar, isi borang semua then dapat kereta baru. Kereta baru ni kereta manual. Tak dak auto dekat sini, kalau nak tukar auto jugak nnt kena pergi dekat Granada tukar sebab situ besar sikit pejabat depa. Driver cakap ON ja manual, kita pun ON. Agak payah nanti kita tukar. Banyak la drama jugaj mula-mula nak gerak kereta tu. Nasib la ada sorang mamat tengah basuh kereta dekat situ, mintak tolong dia ajarkan cara. Walaupun bahasa ayam itik masing-masing, Alhamdulilah faham.

Keluar je parking tu, hujan gerimis pun turun. Misi seterusnya hari ni adalah Madinat Al-Zahra yang terletak lebih kurang 15 - 20 minit naik kereta daripada bandar Cordoba  ni. Sampai sana, parking then terus masuk dalam muzium. Smart la muzium ni, daripada depan tak perasan pun bangunan dia sebenarnya besar, nampak macam setingkat je, rupanya siap ada ruang pameran bertingkat and auditorium lagi.

Mula-mula kami masuk ruang pameran dulu sebab tayangan audio dia lagi setengah jam baru start. Best la banyak info dalam ni, lepas tengok tayangan sejarah tu lagi rasa tak sabar nak pergi tengok tapak sebenar bandar ni.

Sampai sudah tempat kedua untuk hari ini. Masuk sini tak de tip dah untuk free, kena bayar. Hiks

Sejarah mengajar kita erti dewasa 

suka buat section tapak macam ni. Owh rindu zaman buat design masa belajar suka hati tak payah pikir cost project, huhu.


Ruang pameran, lupa pulak nak ambik gambar kawasan luar pamera dan auditorium depa.

So daripada muzium ni, keluar tunggu bus dekat luar untuk ke kawasan sejarah tersebut. Walaupun hujan, gigih kami beratoq dekat luar. Hujan dia ni tak dak la lebat sangat pun. Kejap hujan, kejap stop then hujan balik. Tapi yang pasti sejuk!

Ambik gambar dulu sebelum turun ke bawah melawat kawasan

Runtuhan sebuah kota bersejarah

Antara laluan jalan didalam komplek kakitangan/staff


Boleh la nak main maze dekat sini time hujan sebab memang tak dak orang

Bestnya time hujan ni tak ramai orang.



Dekat bahagian atas tu la tempat bus akan berhentikan kita, ada kawasan tempat duduk dan jugak toilet ( bangunan paling kiri atas)


Lepas setel semua dah puas hati, kami pun masuk bus gerak ke tempat parking. Tetiba nak masuk gear reversed tak dapat. Jenuh jugak la kami try macam-macam cara. Siap nak call balik Europcar lah. Tetiba ada satu teksi parking dekat depan, terus pergi mintak tolong. Dia mula-mula tak faham la apa yang nak sampaikan..tapi dia datang jugak la dekat kereta. Then tunjuk dekat gear R tu, dia pun faham. Try banyak kali jugak tak dapat, last2 dia try tekan dulu then baru tolak ke R baru dapat. Hahaha...dia pun gelak2 je masa dapat tu. Syukur jumpa dengan orang yang baik-baik.

Plan asal nak pergi ke tempat shooting GOT kedua selepas The Roman Bridge of Cordoba semalam tu. Istana lama, Castillo Almodovar del Rio yang muncul dalam season 7 sebagai Highgarden home of House of Tyrell. Istana ni pun hasil tinggalan kerajaan Islam juga. Tapi...sedih sebab kami dah lewat daripada plan asal sebabnya isu kereta dah ambik banyak masa jugak pagi tadi tu. So kita skip lah tempat ni dan terus ke tempat shooting GOT seterusnya. (yup mmg peminat tegar jugak la GOT ni hahaha, tak sabar nak tunggu April season last.
Location: Córdoba, Spain

0 comments: