Ahad, 20 Februari 2011

Phnom Penh, Cambodia

Nov 2007 | Percutian bersama mak dan abah

Percutian bersama-sama rakan sepejabat abah. Jadi hanya ada tiga orang sahaja anak muda dalam percutian ini. Termasuk diri sendiri. Disebabkan percutian ini melalui agent pelancongan, jadi kesemuanya sudah diambil kira hanya goyang kaki saja. Saya sebenarnya lebih gemar percutian yang dirancang sendiri tapi disebabkan hanya menyertai rombongan ini, jadi ikut sahaja rancangan mereka.

Kedudukan hotel berhadapan dengan Sungai Mekong dan kebetulan semasa lawatan sedang berlangsungnya pertandingan Regatta. Jadi keadaan sungguh meriah dan rancak sehingga tengah malam.

Sekiranya melawat Phnom Penh, sudah pasti anda perlu melawat Tuol Sleng Genocide Museum, Choeung Ek juga dikenali sebagai The Killing Fields ( Kalau melawat kawasan ini jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah, kerana kebanyakkan yang dibunuh adalah daripada kalangan umat Islam ), tempat membeli belah Phsar Thom Thmei.

Apa yang menarik dalam kunjungan kali ini adalah ada juga aktiviti untuk membuat kebajikan kepada saudara seislam. Rombongan kami bergerak ke satu perkampungan yang jauh ke dalam pendalaman. Disebabkan acara Regatta sedang berlansung maka kami terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas dan sampai ke perkampungan tersebut pada jam 4 petang.

Sampai disana, kami disambut dengan penuh meriah oleh orang kampung. Kami berkumpul dibahagian hadapan surau yang sedang dibina hasil daripada kutipan rakyat Malaysia yang prihatin. Alhamdullilah surau ini akan siap ketika menjelangnya sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.

Aktiviti menyerahkan naskah Al-quran, sumbangan pakaian dan juga alatan menulis kepada penduduk kampung dan sedikit gula-gula dan juga mainan kepada budak-budak kecil. Menjelang petang keadaan agar sukar kerana tiada bekalan elektrik hanya bertemankan cahaya daripada pelita minyak tanah. Mak cakap, keadaan mereka ini lebih teruk daripada keadaan Malaysia pada tahun selepas merdeka. Syukur dan rasa insaf memang Allah sahaja yang tahu.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, hanya terdapat dua golongan dikampung ini, golongan lelaki yang paling ketara. Golongan lelaki yang berumur 70 tahun ke atas dan 25 tahun kebawah sahaja yang ada. Rupa-rupanya hampir kesemua lelaki didalam lingkungan 25-69 telah menjadi korban ditangan Pol Pot pada tahun 1975. Kebanyakkan anak-anak muda ini dihantar ke sekolah pondok di selatan Thailand untuk mendapatkan pendidikan. masih jauh ketinggalan saudara-saudara Islam kita disini.

Perjalanan pulang ke kota sangat gelap gelita dan lampu didalam bas dipasang sepanjang perjalanan. Di dalam bas memang perasaan sedih dan bersyukur sentiasa didalam hati. Owh, rombongan kami juga disertai oleh seorang Ustaz yang berasal daripada perkampungan tersebut. Banyak kisah pengalaman beliau dan ahli keluarga diceritakan sepanjang perjalanan ini.

Kami berada di sini hanya dua malam sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Saigon, Vietnam.

p/s : anak-anak muda Malaysia yang tidak sedar diri asyik nak berempit,dadah,mencuri, meragut patut dihantar kesini buat khidmat masyarat bagi sedarkan diri yang tidak sedar-sedar itu.

0 comments: