Jumaat, 26 Ogos 2011

Travel Notes part 4

Baiklah, entry ni adalah cerita pasal Hotel yang kami duduk sepanjang perjalanan di Eropah.

L.o.n.d.o.n

Kami duduk di rumah orang Malaysia. Asal daripada Melaka dan dah lama duduk London. Rumah diorg ni, diorg mmg selalu sewakan bilik untuk org2 Malaysia yang datang berjalan di London. Tapi agak terhad sebab hanya ada 1 balik sahaja sekarang yang disewakan.

Kalau berminat nak sewa kat sini boleh tengok blog ni : London Stay

The room is located in West Hampstead, London. About 3-5 minutes walk from Finchley Road Tube Station ( Jubilee Line and Metropolitan Line ) or 5-7 minutes walk from West Hampstead tube station ( Jubilee line ). Sila lihat atau print web ini : London Tube Map

Getting Around

It just takes 3 stops from Finchley Rd to Baker Street.Kalau ambik bus Easybus dari/ke Airport Stansted memang akan turun/naik di Baker Street.Bus pun banyak dari sini. Terus ke Oxford Street,Camden Town,Paddington or Notting Hill.

Makan

Ada kebab shop,fried chicken shop just next to West Hampstead tube station.Tapi kitorg budget, so pagi keluar pergi membeli belah di Sainbury's or Waitrose sebagai bekalan makanan. Kalau nak lagi murah beli di Tesco. Memang murah. Setakat 1 Pounds tu macam-macam boleh beli.

B.a.r.c.e.l.o.n.a

Dekat Barca ini, kami duduk di Studios Pelayo Guest House. Lokasi dia memang best. Dalam city center dekat dengan Plaza Catalunya dan La Rambla.Wifi pun sangat laju.

Getting Around

Sangat senang sebab dekat dengan metro Universitat or boleh jalan kaki ke Plaza Catalunya yang ada lebih banyak option line metro.

Makan

Kitorg masak je kat barcelona sebabnya kat sini ada small kitchen dalam bilik. Stakat nak rebus nasi himpit tu amatlah mudah kerana ada periuk belanga. Slalunya kitorg breakfast kat hostel je. Beli makanan sekali sahaja sehari. Malam balik masak maggie ke, buat sandwich ke, rebus nasi himpit lagi ke. Memang jimat!

Kalau berminat nak duduk kat sini boleh lah booking kat SINI.

V.e.n.i.c.e

Kami bermalam di Ca'Lucrezia yang hanya 50 meters dari Venezia Santa Lucia Railway Station.


Getting Around

Jalan kaki sure sampai semua tempat dalam pulau Venice ni. Tapi kalau sesat itu adalah normal kerana barulah feel sket sebagai the tourist.

Makan

Agak senang sebab keluar daripada lorong hotel sebelah kiri ada kedai jual halal pizza and kebab. Memang sedap! Owh kalau dah sampai Italy jangan lupa cuba makan gelato. Sungguh yum yum. Sarapan pagi disediakan. Maka haruslah makan dengan pelahapnya agar tidak lapar dan bawak masuk dalam beg segala roti, biscuit sebagai bekalan.

R.O.M.A

Hotel ini dekat je dengan main station kat Rom. Jalan kaki 10 minit dari station ni sampai. Nama dia Auditorium di Mecenate. Pekerja dia pun sangat baik. Sampai je terus dia bukak map Rom dan terus plankan perjalanan kitorg. Bagitau masa nak bertolak balik je bila. Map pun ambik je kat depan counter. Free. Hari-hari nak ambik pun boleh.Wifi pun laju.

Getting Around

Kalau malas nak jalan 10 minit ke Roma Termini Station, ha boleh je jalan kaki 5 minit ke station metro Vittorio Emanuele.

Makan

Sepanjang jalan dari Roma Termini Station banyak kedai makanan halal. Pilih je mana nak.

E.n.g.l.a.n.d

Kalau nak berjalan diserata England amatlah mudah,murah dan selesa menggunakan perkhidmatan Travelodge. Sila lawati laman web mereka.

Kesimpulan :

Kesemua hotel,hostel and guest house yang kitorg duduk semuanya amat berbaloi dan kami amat berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan. Harga semua hotel ni bergantung kepada musim. Kalau nak murah datanglah musim winter. Rasanya winter di Italy and Spain tidaklah seteruk winter di England or negara Scandinavian.

Sehingga berjumla lagi dalam catatan perjalanan akan datang.Bai.

2 comments:

Unknown berkata...

bagus bagus...mmg boleh jadi referrence di hari mendatang...haha (ntah bile lah yekk)

hidayahrodhi berkata...

isem, tak pe kita berhibur di sabah dulu ye hujung tahun ni. :)