Sabtu, 8 Oktober 2011

Barcelona - The Arrival

Selamat tiba di El Prat Airport sekitar jam 9 malam. Selesai urusan terus mencari kaunter Aerobus to Plaza Catalunya the heart of Barcelona which is where our hotel are. Actually the were no counter for Aerobus. We can just buy the ticket from the bus driver or vending machines. The Aerobus is a bus that connects the airport and the centre of Barcelona every day of the year. You can travel comfortably and economically to or from either airport terminal (T1 or T2 ) in around 35 minutes without having to change. And there are stops at strategic points in Barcelona along the route. ( ayat diambil daripada laman web,hehe )

Single ticket valid up to one hour after purchase and return ticket up to 9 days.

Our journey :
T1 - Plaza Espanya - Gran Via Urgell - Plaza Universitat ( our stop ) - Plaza Catalunya ( last stop )

Muka penat tengah tunggu beg

Agak bernasib baik, keluar daripada terminal bus sudah sedia menanti dan tidak ramai penumpang.

Kemudahan meletak bagasi di dalam bas, Dato Tony sila sediakan kemudahan bus seperti ini di LCCT. Ada loceng, boleh tekan dimana perhentian pilihan anda.

Stop at Plaza Universitat, mujur ada map disetiap perhentian bas. Jalan kaki selama 5 minit jumpa hotel yang di tempah. Studio Pelayo Guest House.

Cik Kemi teruja selepas dapat password wifi. Perkhidmatan wifi yang sangat laju.
Ada dapur boleh masak segala bagai makanan yang dibawa. Nasi Impit dan sambal ikan bilis serta ayam masak merah brahim menjadi menu utama makanan pagi sepanjang di Barcelona.

Dapur untuk masak sarapan pagi dan makan malam

Toilet antara perkara paling pertama masuk terus buat audit. Syabas, memenuhi tahap penilaian kami.

Musim panas mandi tiga hari sekali di bumi Barcelona baru terasa segar dan bersih

Di pintu masuk ke tempat tinggal sepanjang di Barcelona. Gambar di bawah adalah pada hari pertama pengembaraan di Barcelona.

Perut sudah kenyang, ayuh bersiar-siar
Ok, mari saya ceritakan sedikit dengan lebih lanjut pasal Guest House ini. Terletak di jalan yang diberi nama Carrer de Pelai. Dekat dengan pusat bandar Barcelona. Station yang paling hampir ialah Plaza Universitat dan juga Plaza Catalunya.

Kenapa ianya menjadi pilihan kami adalah : 

Lokasi :  Sangat dekat dengan pelbagai tempat menarik dengan hanya berjalan kaki. Sila google untuk melihat betapa bestnya lokasi guest house ini. Disebabkan lokasinya yang best, aktiviti solat dan rehat dapat dijalankan didalam bilik kerana cuaca di Barcelona hampir sama tahap panas atau lebih panas jika dibandingkan di Malaysia pada summer.

Dapur : Terdapat dapur untuk memasak. Penting untuk penjimatan dan juga keyakinan tahap Halal makanan yang di makan. :) dan yang lebih penting lagi, sesuai dengan tekak melayu kami bertiga. 

Ternyata percaturan kami tidak salah dan sangat berpuas hati. Pekerja di kaunter majoriti berbangsa Cina dan fasih berbahasa Inggeris. Sedia membantu dan peta bandar Barcelona diberi secara percuma!

Oh, kami menggunakan perkhidmtan website venere.com untuk membuat tempahan.

Kadar yang dikenakan juga adalah berdasarkan kepada musim dan seperti biasa musim panas adalah yang paling mahal. Bagi bilik untuk tiga katil, semalam ialah 75 Euro.

See you next post ya!

Location: Barcelona, Spain

0 comments: