Khamis, 6 Oktober 2011

London - Day 2 ( part 2) & Day 3

Assalamualaikum and hai.

Kita teruskan perjalanan daripada Tower Hill terus ke Tower Bridge kemudian ambik bas ke Hyde Park. Jalan-jalan menikmati keindahan taman langsung lepak lunch di park. Ketika sedap menikmati lunch hujan turun, maka terpaksalah lepak lebih lama disini.
Hyde Park

Hyde Park sebelum hujan
Destinasi selepas aktiviti berlari-lari anak dari sepohon kayu daunnya rimbun di Hyde Park akhirnya berjaya sampai ke Harrods. Shopping-shopping sikit sebelum aktiviti shopping lebih meriah di Oxford Street. Nafsu berbelanja tidak berjaya dikawal akhirnya tewar juga di Selfridges. Ye lah, Oxford Street syurga membeli belah di kota London. Hanya sediakan duit secukupnya anda pasti senyum gembira.

Kenington Road

Harrods
Macam biasa kalau dah namanya aktiviti shopping maka aktiviti bergambar terus dilupakan.

Kemudian kami telah membuat temujanji dengan salah seorang rakan yang menetap disana iaitu Dr.I di Paddington. Dr.I belanja kami dinner di cafe Bonda, milik orang Kelantan (kalau tidak silap ) yang terletak di bawah rumah pelajar tajaan Mara. Sempat tumpang solat jamak asar dan zohor. Owh Dr.I juga memberikan hadiah kepada 3 dara ini untuk persediaan ke Barcelona. Tiket T-10 yang masih berbaki 6 perjalanan. Tq Dr.I!

Sebelum pulang ke LondonStay, sempat singgah ke King's Cross untuk mencari platform 9 and 3/4. Ya kami memang peminat Harry Potter.

St'Pancras and King's Cross

Day 3

Aktiviti hari ini ialah mencari cenderahati untuk dibawa pulang seawal jam 8.30 pagi. Tempat tujuan ialah Bayswater. Keluar dari tube kiri kanan penuh kedai. Sila gunakan kepakaran tawar menawar disini. Macam-macam ada!

Bayswater

Lepas shopping jangan lupa makan Taza Kebab. Sedap. 

Pulang ke LondonStay dan checkout terus ke Baker Street untuk mengambil Easybus pada jam 2.45 petang ke Airport untuk ke Barcelona!

sebelum itu sekali lagi diucapkan kepada rakan perjalanan Cik Nanie kerana menjadi tukang ambil gambar!

Location: Westminster, London, UK

0 comments: