Ahad, 30 Oktober 2011

Barcelona - Day 1

Mari kita gelarkan hari pertama di Barcelona sebagai hari GAUDI. Kenapa Gaudi, sila google nama Antoni Gaudi atau baca terus kat Wikipedia walaupun sumber wikipedia agak samar-samar kesahihan cerita mereka. Memulakan perjalanan dengan menaiki train di Universitat ( line Purple ) stop di Plaza Catalunya tukar line untuk ke next stop Lesseps ( line Hijau ). Tempat yang dituju ialah Park Guell.

Posing dulu sebelum keluar berjalan. Smart betul tangga nak naik ke atas tempat kediaman.

Park Guell :
Masuk free. Keluar dari train station ni kena jalan mendaki bukit sket untuk sampai taman ni. Harus pergi awal dan elak untuk pergi hari sabtu ahad. Masa kitorg sampai, tak ramai orang nak bergambar pun selesa.

Suasana pagi di station Universitat. Barcelona ni tempat tunggu train semua bersih,cerah dah terasa sungguh selamat.
                                   
PARK GUELL

Ceiling pun dia pulun design 

kalau lambat sampai jangan harap boleh nak ambik gambar cicak ini sorang-sorang.

Tingkap rasa macam nak cubit sebab comel sangat

bukan ahli rombongan, cuma mintak tolong ambikkan gambar 




Kembali ke Lesseps kemudian turun di stop Passeig de Gracia kemudian tukar line untuk ke Sagrada Familia (line Purple). Bangunan yang sehingga kini masih belum siap. Sebuah gereja.

Inilah bangunan yang dijangka siap 2026! Sagrada Familia.




Kemudian bermula sessi perjalanan menyusuri kawasan L'Eixample sehingga ke Plaza Catalunya.

Casa de les Punxes
juga dikenali sebagai Casa Terrades or House of Spikes


Casa Mila ( La Pedera )

Casa Batlo


Casa Amatller

Kemudian kembali ke Guest House untuk mandi dan solat jamak Zohor & Asar. Cuaca musim panas di Barcelona memang amat panas terik. Seperti berada di tanah air tercinta.

Oklah, nanti sambung Barcelona Day 1 Part 2. Keliru nak pilih gambar banyak sangat!. Bai.

Gambar pilihan untuk separuh hari pertama di Barcelona :


Location: Barcelona, Spain

0 comments: