Isnin, 16 Disember 2013

Autumn Breeze 2013 : Jeju-si, Jeju Island

Ahad | 3.11.2013 | Day 4

Hari pertama di Jeju Island ialah misi mencari kedai cuci pakaian ( hostel ada sediakan mesin basuh,tapi dryer tiada ) dan juga misi membeli kasut baru. Tuan tanah punya kasut sudah arwah lepas panjat Mt Seorak dan meredah hujan di Seoul. Tiga orang pergi cari kedai kasut, dua orang membasuh baju. Dalam masa 2 jam selesai semuanya. Terus cari makanan untuk lunch dulu sebelum meneruskan penjelajahan di Jeju Island.

Lokasi pertama : Mysterious Road
Sampai je situ terus buat kajian dengan tuang air, letak botol, tengok bas, kereta lalu semua. Masa kitorg dekat sini ramai juga pelancong sebab ada banyak bas berhenti. Sebab kitorg je orang Muslim dekat situ hari itu, dah terasa jadi artis pula. Ramai nak ambik gambar dengan kitorg sebab bertudung lah kan. Soalan biasa ditanya. Islam? Muslim? Nak borak lebih tak faham bahasa pula.

Ambik gambar dulu sebelum buat kajian.
(p/s : kalau tidak mempunyai banyak masa di Jeju Island, tempat ni tak perlu dimasukkan dalam jadual perancangan )



Lokasi kedua : Halla Arboretum
Masuk adalah percuma. Taman ni besar juga, setiap kawasan dibahagikan mengikut jenis tumbuh-tumbuhan. Ramai orang tempatan beriadah dekat sini. Jogging, main layang-layang dengan anak-anak dekat taman. Orang tua pun ramai berjalan-jalan. 

Gambar berlima dengan pertolongan ahjumma. Hana Tul Set!

Taman kawasan ni pokok-pokoknya masih kehijauan. Sebelah kanan itu taman pokok buluh.


Laluan dekat sini, hampir kesemua daun dah luruh. Dua tiga kali angin bayu membawa diriku, tinggal ranting jeklah pokoknya

Kiri dah hampir togel, yang kanan masih kehijauan




Lokasi ketiga : Black Sandy Beach of Samyang
Disebabkan cuaca hari itu, mendung berarak kelabu. Suram je melayan perasaan di tepi pantai berpasir hitam ini.



Just Married!



Suka tengok lukisan-lukisan di dinding tembok. Cuteness!

Lokasi keempat : Manjanggul Cave
Sampai sini dah jam 5.30 petang. Dah hampir gelap dah pun. Tapi masih mempunyai harapan nak masuk sini sebab duduk dalam gua memang dah gelap kan, jadinya berlarianlah kelima-lima orang ini menuju ke kaunter tiket. Sampai je, Counter Close! Sedih betul. Penat bakar lemak tadi, tiada hasil jua akhirnya. Patutlah orang tengok kami lari-lari macam pelik je muka diorg. Ingat running man kew! Drama#4 pada hari pertama di Pulau Jeju.

Perjalanan di teruskan ke daerah Seongsan, Seogwipo-si.

0 comments: