Isnin | 04.11.2013 | Day 5
Hari ini perjalanan dimulakan seawal jam 5 lebih pagi. Destinasi ialah mendaki puncak Seongsan Ilculbong untuk melihat matahari terbit diufuk Timur. Dari hotel yang kami menginap boleh jalan kaki saja untuk ke tempat ini. Tapi cuaca sejuk ya amat, jadinya kami menaiki kereta dari hotel. Tempat parking besar dan luas dan tiada bayaran dikenakan.
Hari ini perjalanan dimulakan seawal jam 5 lebih pagi. Destinasi ialah mendaki puncak Seongsan Ilculbong untuk melihat matahari terbit diufuk Timur. Dari hotel yang kami menginap boleh jalan kaki saja untuk ke tempat ini. Tapi cuaca sejuk ya amat, jadinya kami menaiki kereta dari hotel. Tempat parking besar dan luas dan tiada bayaran dikenakan.
Beratur membeli tiket pun tak lama. Pendakian diteruskan dalam keadaan gelap gulita sejuk embun pagi. Perhatian! proses mendaki kawasan ini memerlukan stamina. Jadi bersedialah secukupnya. Bila berjaya sampai puncak keadaan masih lagi gelap, cari tempat duduk untuk bersedia menikmati keindahan pagi. Ramai orang dah masa kami sampai sini. Kami pilih untuk duduk dibahagian kanan sebab bahagian kiri sudah hampir penuh.
Matahari!!!!
Sembunyi pulak sang suria ni
Gitu jek lah matahari buat kemunculannya hari tersebut. Pasrah. Dah alang-alang sampai sini, lepak sambil breakfast ditemani sang suria yang tak berapa nak suria cahayanya. Dah puas duduk dekat atas, turun bawah ambil gambar dekat bawah pula lah kan sebab sudah terang benderang.
Bersesi photo sampai semua orang dah turun ke bawah
Perjalanan turun mengikut tangga lain, tidak melalui tangga semasa mendaki
Alhamdullilah berjaya sampai bawah. Masa turun ini rileks sikit sebab sudah cerah, sambil turun sambil menikmati pemandangan sambil bergambar. Siap kena sekat jalan dengan pakcik Korea nak ajak ambik gambar skali.
Keadaan dibahagian bawah kawasan
New 7 wonders of nature
Jadual waktu matahari terbit
Menuruni jalan ke bawah kawasan tiket dan parking
Mari pulang ke hotel
Balik ke hotel, kemas barang check out. Makan tengahari dekat kedai Lotteria, burger udang. Lotteria ini dekat sangat dengan tempat parking Seongsan Ilculbong ini. Tapi kami beli burger je, lepas tu lepak makan dan minum kopi dekat kedai sebelah Droptop Cafe. Mulalah jatuh cinta dengan cafe ini.
2 comments:
Hi awk,
Same date kita di ilchulbong..tmpt kitaorg lepak berjalan mkn roti x jauh dari lokasi awk..kita sempat tukar2 senyuman haritu tau hehehe
Zilla,
Oooo korg yg satu group tu eh..hihihi.
sebelum turun tu kitorg dok tgk pasangan couple bershooting guna tripod sambil senyum2..lepas tu diorg tegur,rupa2 org KL.
ramai rupanya rakyat Malaysia pagi tu dkt sini.
Catat Ulasan