Khamis, 5 Disember 2013

Autumn Breeze 2013 : Sokcho-Seoul-Jeju Island

Lepas turun sampai ke bawah tu, terkejut dengan keadaan yang ramai orang. Macam-macam rombongan ada. Nasib baiklah dah selesai mendaki. Terus ke hotel, bersihkan diri dan kemas barang. Before bergerak terus ke Sokcho, kitorg lepak dekat lobby hotel nak makan tengahari dulu (bekalan yang dibawa dari tanah air)

Sempat berbual dengan suami isteri dari Scotland. Diorg dah seminggu dekat South Korea. Esok flight balik. Kagum dengan diorg sebab sanggup berhenti kerja setahun untuk travel sana sini. Tapi since dah ada anak sorang umur 2 tahun (comel sangat budak kecik ni!) diorg dah limitkan aktiviti travel, kena fikirkan keselesaan & kesihatan anak dulu.

Sampai Sokcho dah pukul 1.30 petang. Nasib baik sempat beli tiket jam 2.00 petang, kalau tak melangut la tunggu. Sepanjang perjalanan landskap dia memang cantik, bukit bukau, tasik, sungai. Sampai area Gangnam dalam pukul 4 petang lebih. Naik subway ke Hongik Station.

Nota : Sekiranya anda lihat di papan tanda digital setiap station, selalunya akan nampak train warna hijau. Dia akan tunjuk lokasi train seterusnya sedang berada di station mana. Dan sekiranya anda nampak train berwarna merah, train tersebut ialah train express dan tidak akan berhenti di beberapa station. Hanya station terpilih saja. Jadi sebelum masuk train pastikan train anda betul ye. Bersyukur sepanjang perjalanan ni berjumpa dengan orang Korea yang sangat baik hati dan prihatin terhadap kami yang agak buta huruf disana.

Drama #3 Kisah perjalanan ke Space Torra
Sepatutnya exit 3 untuk ke Hostel, tapi sebab kurang kajian terlepas pandang pasal cara nak ke hostel ni. Masuk keluar kedai tanya lokasi hotel. Last skali sorang minah ni dkt kedai 7E, dia cakap dia boleh tolong carikan sekali, tolong carikan bersama-sama ok bukan tolong tunjukkan. Ya Allah, bagus betul budak pompuan ni. Sepanjang jalan dia la dok pergi tanya orang arah ke hostel. Alhamdullilah jumpa. Padahal dekat sangat dengan subway, tapi kitorg terlepas simpang dah melalut jauh ke mana.

Malam itu plannya nak ke Seoul Tower, tapi semua pun dah penat. Jadinya kami hanya jalan-jalan area Hongik. Biasalah malam sabtu, ramai betul umat manusia. Dinner Istanbul Kebab dekat area ni. Lepas jalan-jalan terus balik hostel.

Kawasan di sekitar hostel



Pagi hari keesokkan harinya di luar hostel

Keesokkan harinya Sabtu | 2.11.2013 | Day 3 ( gigihkan terus sambung cerita esok hari)

Hari ni simpan beg dekat locker di Hongik Station. Aktiviti hari ni kita ke salah satu Istana di Seoul. Sebelum itu, singgah di Deoksugung Stone Wall Road (Line 2, City Hall Station Exit 12) untuk melihat landskap autumn di situ.

Ini yang best kalau keluar awal pagi, orang tak ramai (memang kitorg je pagi tu dekat sini)

Langit juga mendung pagi ini



Gambar berlima pertama di South Korea

Destinasi ke dua, Changdeokgung Palace ( Line 3, Anguk Sation Exit 3). Sedih sebab nak booking tiket untuk masuk ke Secret Garden tidak berjaya kerana sudah habis ( boleh booking awal dari Malaysia, tapi masih tidak berjaya kerana tarikh yang kami mahukan hanya tinggal bahasa penjajah, Jepun) . Maka kami dengan ini berikrar ( terus patriotik rukun negara bila sebut pasal penjajah ), kami hanya jalan-jalan dekat area Palace. Untuk menambah kesedihan, hujan turun renyai-renyai.

Memandang pintu masuk ke Secret Garden dengan perasaan hampa

Istana untuk salah seorang perempuan simpanan (kalau tak silap lah)



Masih di Anguk Station hanya exit yang berbeza. Mari ke Insadong ( Exit 6). Sebab dah lapar, kitorg lunch di Little India. Tengah makan hujan turun agak lebat juga. Jadinya duduk melepak sambil makan minum sampai letih.

Layan green tea semasa hujan memang terbaik



Sementara tunggu hujan sedikit reda, layan juga ambik gambar interior kedai 


Kitorg jalan-jalan area sini lama juga. Paling menarik ialah Ssamziegil. Suka konsep bangunan ini dan open space and cara diorg hidupkan kawasan ini. Sempat rembat beberapa helai shawl.

Salah satu arca di dinding Anguk Station dekat dengan Exit 6

Daun merah ni banyak dibahagian atas bangunan Ssamziegil


Lebih kurang jam 3 petang, kami bergerak ke Hongik Station untuk ambil beg, then transfer to AREX train untuk ke Gimpo Airport. Jeju Island kami datang!

6 comments:

Azian Elias berkata...

MASYALLAHHH.. cantik2 yg pics.. suka sangat...

hidayahrodhi berkata...

TQ soo much, landskap cantik..ambik gambar mcm mana pun mmg cantik! so in love with autumn ;)

Badar The Great berkata...

tak sabar akak nk tahu citer d jeju lak.....

mmg cantik view in autumn ya.

hidayahrodhi berkata...

Akak,
autumn mmg sngt cantik! rasa nak duduk je dalam hutan tu (hihi)

hujung2 thn ni, busy nak tutup akaun projek..tah2 thn depan baru update..hihi

Rei berkata...

jeles tgk gamba~~

hidayahrodhi berkata...

Hi Rei,
Jgn la jeles dengan org yg super duper malas nak update blog ini hihi, btw tq and happy new year!