Inilah sebab utama kami singgah di Phoenix Island ini, adalah untuk melihat bangunan hasil rekaan Arkitek terkenal Jepun iaitu, Tadao Ando. Sebelum ini tengok dalam buku je kan, dpt tengok dengan mata sendiri baru puas hati. Agak jauh juga berjalan baru sampai ke destinasi tujuan. tada! Glass House
Dari jauh engkau masih ku rindu kata Shila Amzah
Muka ceria empat orang peminat Tadao Ando, terima kasih Miss K sebab melayan minat kami tengok bangunan!
Sudah mendekati Glass House
Agak sayang sebab bangunan ini sudah nampak sedikit berkarat, pemilihan bahan agak penting ye bagi bangunan ditepi laut ini.
Kalau dari sini, boleh juga panjat tangga untuk sampai ke rumah api Seopjikoji tu. Jadinya kalau datang dari arah sini pun boleh juga. Boleh bergambar dekat LOVE besar punya!
0 comments:
Catat Ulasan