Rabu, 15 Januari 2014

Autumn Breeze 2013 : Seopjikoji and Phoenix Island

Isnin | 4.11.2013 | Day 5

Perjalanan diteruskan menuju ke Seopjikoji. Tempat ini sebenarnya tidak lah teruja sangat nak pergi pun. Sebab kami tak tahu filem apa yang shooting dekat sini pun. Tapi dah sebelah je dengan destinasi tujuan iaitu Phoenix Island, maka kami singgah juga tengok.

Parking berbayar dekat sini. Memang ramai manusia dekat sini, bas pelancong pun banyak. Kami jalan-jalan dekat kawasan hadapan saja, tidak berjalan sehingga ke rumah api. Masa tidak mengizinkan sebab malam cepat menjelma.

Cantik pula tengok pokok yang dijadikan pagar antara Seopjikoji dengan deretan rumah mewah disebelah




Bentuk batu yang unik disepanjang persisiran laut

Hanya dari kejauhan sahaja


Kami dekat sini tidak sampai sejam pun. Masuk kereta terus bergerak ke Phoenix Island. Apa yang menarik tentang kawasan ini ialah tidak ramai orang. Jadi boleh dengan senang hati ambik gambar Seongsan Ilculbong dari sini dengan tenang.




Seongsan Ilculbong dari Phoenix Island

Kemudian perjalanan diteruskan ke destinasi tujuan di Phoenix Island!

0 comments: