Setelah puas hati dengan hasil site inspection Tadao Ando, kami pun menyusuri laluan jalan pulang sementelah hari pun sudah semakin gelap. Tempat tujuan selepas ini ialah Hotel Namguk di daerah Seongwipo-si.
Sampai hotel dan semua urusan daftar masuk selesai terus keluar jalan kaki mencari makanan. Berdekatan dengan hotel terdapat kedai GS25.
Selasa | 5.11.2013 | Day 6
Destinasi pertama : Oedolgae Rock
Perjalanan dari hotel ke tempat ini hanya memakan masa dalam 20 minit. Sampai sini pun masih belum cerah sepenuhnya. Dapatlah tengok matahari terbit dari sini. Drama yang shooting dekat sini semua ahli kumpulan pun tidak menonton, tapi sebab lokasi yang dekat dari hotel, kami singgah melawat kawasan. Menarik juga la nak melayan perasaan di tebing tinggi di awal pagi.
Seterusnya misi melihat air terjun di Pulau Jeju.
Sinaran mentari di Korea
Laluan pejalan kaki
LOVE
Seterusnya misi melihat air terjun di Pulau Jeju.
Destinasi kedua : Cheonjiyeon Waterfall
Nyaman saja bila tengok air terjun ini. Sunyi pun sunyi hanya dengar bunyi air jatuh. Tenang rasa. Bila kami dah nak meninggalkan tempat ni baru berselisih dengan orang yang datang. Fuh, nasib baik awal sampai. Kalau tak mesti nak menikmati alam agak tidak aman.
Penunggu jambatan
Penunggu jalan
Keluarga penunggu ( khurafat sangat )
bertingkek-tingkek air terjunnyee
Sunyi sepi laluan nak ke air terjun ini
Lama juga duduk mengadap air terjun ini sambil lepak minum pagi
Destinasi ketiga : Jeongbang Waterfall
Dekat sini pun menarik untuk menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
Cukuplah dua air terjun yang kami jejaki di Pulau Jeju ini. Kalau nak singgah kesemuanya harus tambah satu hari lagi dekat area sini. Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, kami berhenti rehat dekat cafe kesukaan ahli jemaah semua. Droptop Cafe, green tea latte satu!
2 comments:
Jeju!!! ada dalam wish list. tapi nak jejaknya tak tau la zaman bila. hihihi
Tinggal jejak dulu kat komen ni.. sebab tak sempat nak baca. hihihi..
salam perkenalan.
Hi syieda,
alah dekat je Korea nih plus AA pun ada ke Busan dah..dokek jo haa..hihi
blog ni tah bilanya nak update kan!
Catat Ulasan