Masih di hari ke 6. Perjalanan diteruskan ke Seongeup Folk Village. Jadual perjalanan awal sepatutnya Folk Village ini pada hari ke 5 selepas ke Seopjikoji. Tapi disebabkan kekangan masa maka diubah ke hari ke 6.
Yang penting kawasan ini ialah perkampungan yang didiami oleh manusia ala-ala Kampung Morten dekat Melaka tu. Jadinya menarik la jugak dapat tengok keadaan kampung sebenar di negara Psy ni kan.
Setelah berbincang kami sepakat untuk berhenti sebentar di Manjanggul Cave sebelum memulangkan kereta di Jeju-si malam nanti. Gigih juga nak lihat dan masuk dalam bekas laluan lava gunung berapi!
Tingkap kayu, dinding batu dan lumpur
Pintu dapur kot
Ruang masuk untuk ke bilik store (kot)
Kemaskan pintalan-pintalan binaan bumbung
Butiran binaan
Kawasan lepak cicah mangga dengan rojak mak bee
Batang pokok asli
Tembok batu tepi tingkap
Tumbuhan atas tembok
Pandangan dari sisi
' Korang tengok sini ' kata Miss L
Sebelum meninggalkan kampung perlu gambar berseorangan
Setelah berbincang kami sepakat untuk berhenti sebentar di Manjanggul Cave sebelum memulangkan kereta di Jeju-si malam nanti. Gigih juga nak lihat dan masuk dalam bekas laluan lava gunung berapi!
Jom menjelajah
Laluan lava katanya
Jambatan besi
Tak banyak gambar dapat ambil sebab gelap sangat. Jadinya simpan camera dan menghayati laluan lava dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Kemudian kami berangkat pulang ke Bandar Jeju untuk pulangkan kereta dan bermalam di rumah nenek hari pertama kami sampai di Jeju tu.
Busan kami datang esok pagi ye!
Busan kami datang esok pagi ye!
0 comments:
Catat Ulasan