Kenyang sudah, maka destinasi seterusnya ialah Udo Island. Bila dah tengahari sampai nak cari parking pun agak susah. Nun jauh dari terminal ferry. Kaunter ferry ada banyak, pilih je lah nak naik mana. Ada dua jetty dekat Udo Island ni. So pepandailah pilih nak turun dekat yang mana satu. Semua info boleh ambik dekat terminal.
Ferry mula bergerak, disebelah kanan bawang warna putih
Disebelah kiri bawang warna merah
Selamat Datang ke Pulau U-Do
Sampai je U-do kitorg agak blur sebenarnya nak pergi mana. Sebabnya ada banyak tempat. Tapi kitorg plan tak nak pergi semua tempat sebab kejar masa kan. Kalau banyak masa boleh la explore sebab banyak juga tempat yang menarik dekat U-do ni. Tetiba datang dua orang awek Korea ini. Terus memberikan bantuan. Disebabkan destinasi adalah sama, maka diorg suruh kitorg ikut je. Naik bus sama-sama, jalan sama-sama ambik gambar je lain-lain. Biasalah orang Malaysia kalau ambik gambar kena lompat-lompat, orang Korea ambik gambar muka cute aje.
Dua gadis Korea yang baik hati
Kanak-kanak gembira main golek-golek turun bukit
Ada yang berlari main kejar-kejar, aktiviti sihat kanak-kanak
Macam biasa aktiviti pelancong, bergambar ceria
Sebelum pulang, gambar yang wajib diambil Miss A dengan aksi lompatan
Lepas dah puas, kitorg pun berpisah dengan diorg sebab arah tujuan dah lain. Bersungguh diorg pesan naik bus kaler biru bukan pink (takut kitrog sesat letew!) Alhamdullilah selamat sampai balik ke jetty. Masa tengah tunggu ferry datang, tetiba datang dua orang awek. Ingatkan orang Korea yang baik hati lagi. Rupanya tourist juga. Chinese Americans rupanya. Asal dari Texas. Tengah dalam program tukaran pelajar dekat Universiti di Seoul. Dapatlah kawan baru sambil tunggu ferry sampai.
Dua gadis dari America bersama empat gadis Malaysia
Kami berlima atas ferry pulang ke Jeju Island
Destinasi seterusnya Seopjikoji dan Phoenix Island
0 comments:
Catat Ulasan