Rabu, 5 Mac 2014

Autumn Breeze 2013 : Bukchon Village, Seoul

Ahad | 10.11.2013 | Day 11

Destinasi pagi hari ini ialah melawat kawasan Bukchon Village. Kawasan ini sangat menarik kerana ditengah kota hutan konkrit masih terpelihara kawasan kampung tradisional. 

Sebelum kami pergi ke kawasan tersebut, kami singgah dulu ke kawasan sekolah yang glamour. Masa mula-mula lalu lepas keluar guesthouse kitorg, ada sorang makcik tu dok suruh kami masuk dalam sambil cakap Korea. Faham habis, tp sebab dia tunjuk ke arah sekolah tu, maka kami pun masuk la juga (sambil dalam hati boleh ke masuk sekolah suka suka hati ni)

Rupa-rupanya sekolah shooting drama Winter Sonata, kahkahkah,,harus lah tidak ketahuan sebab sorang pun tak tengok! Tapi cantik lah sebab langit biru, pokok pulak warna warni kan.

Bangunan sekolah pun menarik


Macam dekat negara Europe 

Selesai tengok kiri kanan semua, kami pun bergerak lah ke arah kawasan yang ditujui. Agak sesat sedikit pada mulanya. Nasib baik jumpa booth information. Kembali ke jalan yang benar. Alhamdullilah. 

Bangunan pertama kami jumpa setelah sampai ke jalan besar dari sekolah tadi. Klinik Gigi ok!

Rumah ini katanya salah satu rumah yang digunakan dalam drama Korea. Info daripada Miss L dan Miss K yang menonton

Memang cantik dan kemas pembinaan rumah ini

Corak-corak dekat tembok pun beria diorg design

Pertembungan dua bumbung dan satu gutter




Ahli kumpulan sejuk di Korea! Tq so much sahabat-sahabat semua

Ada juga beberapa benda-benda kecik yang comel kami jumpa. Benda nampak simple tapi menarik. Jom kita tengok.

Benda ini ada dekat pintu salah satu rumah


Budak lelaki



Budak perempuan

Tombol pintu asli

Kiri rosak ganti tali

Bukan setakat Hp gantung benda comel, tombol pintu rumah pun ada

Perjalanan terakhir kami singgah di salah semua cafe dekat area sini. Bukan cafe diatas. Motip gambar? Sebab cute ada motor

0 comments: