Sabtu | 9.11.2013 | Day 10
Hari ni, aktiviti pagi ialah panjat (baca : naik cable car) bukit untuk melihat Seoul Tower dan pemandangan bandar Seoul dari atas. Sampai kaunter tiket, tutup lagi la pulak. Ada tiga orang yang lain pun sedang menunggu nak beli. Sempat la minum dan sarapan ala kadar dekat situ.
Bila kaunter dah buka, berbaris nak beli tetiba macam ramai pula orang beratur dekat belakang. Mana datang tah diorg ni. Cuaca pagi ini agak sedikit suram dan memang dijangka akan hujan. Rahmat.
Keluar je cable car, dah nampak pohon kekuningan dan daun berguguran
Kuning betul kau ni!
Sampai sudah. Tak naik pun tower ni
Pemandangan dari atas ke arah tempat letak kereta, nih kalau jalan kaki dari bawah mesti cantik (dalam hati je lah mampu)
Bandar Seoul
Kunci cinta dimana-mana
Masa kami nak turun, guard ni baru beraksi. Sempat la juga ambik gambar dengan pak guard korea
Aktiviti seterusnya ialah menyusuri jalan disekitar Myeongdong. Masa kami sampai sini, hujan renyai-renyai sudah turun. Jadinya aktiviti separuh hari untuk hari ini adalah menipiskan dompet disini. Sebelum pulang, kami sempat ambik gambar dengan berbaju Hanbok secara percuma dekat KTO.
Tip : Kalau plan seharian dikawasan ini dan mahu mencuba pakai Hanbok secara free, korang perlu pergi terus daftar nama. Nanti diorg akan bgtau jam berapa turn korang. Boleh la membeli belah dulu. tapi make sure datang balik ke KTO ni 30 or 20 minit sebelum masa yang dijadualkan.
Baju nak golongan atasan saja!
Disebelah malam nya, kami menyusuri Cheonggyechon Stream untuk melihat Lantern Festival dan masih didalam keadaan hujan rintik rintik.
4 comments:
Gambar superb wehh.. mohon nak copy sekeping wat wallpaper ...
Azra,
Autumn in my heart gittew!hehe, sila sila :)
Lawanye daun kuning oren tu! Teringin nak berautumn kat Korea tapi selalu xde cuti.
Hi Bibie,
Mmg kagum dengan kaler kuning oren daun tu.
In shaa Allah akan diberi peluang suatu hari nanti ber Autumn. Amin.
Catat Ulasan