Rabu, 2 Julai 2014

Spring Break 2014 : Keukenhof

Thursday | 1 May 2014
Day 6 : Delft ---> Keukenhof ---> Leiden 

Perjalanan daripada Delft ke Station Leiden Centraal mengambil masa 20 minit dengan harga tambang 4.80 Euro. Bila sampai di Leiden Centraal sebelum keluar daripada station ada satu kedai buku disebelah kiri. Pergi dekat kaunter cakap nak beli combo tiket ke keukenhof yang berharga 23.00 Euro ( tambang bus dan tiket masuk ke keukenhof). Beratur dekat platform bus yang ada tulis keukenhof dekat situ akan ada sorang pekerja yang akan check tiket. Ramai juga yang terus datang beratur tanpa beli tiket, jadinya mereka terpaksa patah balik masuk ke kedai tadi untuk beli tiket, sebabnya tiket tidak dijual diatas bus.

Sampai je dekat Keukenhof, manusia sudah ramai. Tapi kami lepak dulu dekat kolam untuk makan bekalan yang dibuat oleh Miss A, kami hanya membeli hot chocolate sahaja. Alhamdulillah cuaca hari ini Sunny! Dapatlah kami menikmati pemandangan dengan lebih ceria.

Lepas makan terus kami teruskan penjelajahan dengan berpandukan map yang diperolehi secara percuma dekat tepi kolam. Bila dah cerita pasal Keukenhof, maka sudah pasti banyak gambar bunga untuk post kali ini.



Besaq ok angsa ini..laju pulak tu dia bergerak






Macam-macam jenis tulip ada dekat dunia ini.




Suka betul dapat duduk dalam kasut ye

Pelbagai jenis clog

Geram tengok yang kosong ni, rasa macam gatai je tangan nak tolong kalerkan


Bukan tulip

Pameran indoor, lupa dah apa nama bunga ini

Disebabkan besar sangat ladang ini, kami berhenti makan untuk kali kedua. Nasib baik bekalan makanan yang disediakan oleh Miss A masih ada. Pandai dia budget. Sambil makan sambil tengok taman tulip, memang rasa sungguh nyaman. Dalam banyak jenis tulip, saya tertarik dekat satu jenis tulip ni. Rasa macam kagum tengok setiap kelopak dia yang macam digunting-gunting. SubhanAllah!







Antara tempat wajib yang perlu diambil gambar kenangan. 
Ini bukan ahli rombongan.

Main kasar abang ini dengan kambing. Ada taman haiwan juga dalam ini. Diorg punya rabbit, Ya Allah gemok-gemok. Aktif lari sana sini. Macam nak culik bawak balik sekor.

Ahli rombongan MrsH, lentok betul hehe

Yours truly, tempek satu gambar!

Hampir lima jam kami dalam ladang tulip ni. Puas hati. Sebelum balik, lepak lagi sambil makan ice cream. Dekat ladang ni, sempat bertegur sapa dengan sepasang warga emas dari Malaysia yang sedang melancong. Sembang sakan siap cakap utara sebab pakcik tu berasal dari Tasek Gelugor. Syok dapat sembang dengan orang kampung.

Perjalanan pulang dengan menggunakan tiket combo yang sudah dibeli tadi. Kiranya 23.00 Euro ni return, bus dari Leiden Centraal to keukenhof dan juga tiket masuk skali. Cuma perlu tunjuk dekat pekerja sebelum naik bus. Perlu pastikan bus yang betul ye, sebab ada dua trip satu dari Leiden satu dari airport.

Sebelum pulang ke Delft, kami singgah ke bandar Leiden jalan-jalan sebab masih siang dan cuaca yang ceria hari ini sayang untuk dibazirkan begitu sahaja.
Location: Leiden, The Netherlands

5 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

bugna tulip cantik le,,,,

Jari Manis berkata...

fulamakkkk....cantek bangat bunga2 tulip nih..gambar yg Dayah ambik tu cantik jugak..ohh..keunkenhof..dh mula verangan nih

hidayahrodhi berkata...

MKL,
Memang sangat cantik tulip berbunga-bunga hati dengan warna warni

JM,
Harapnya nnt JM sampai sini cuaca pun cantik ceroh sokmo gitew

bilabudakkampungtravel berkata...

Hidayah, nak tanya sikit. Ada forum kata sebab orang ramai elok pergi keukenhof ni sebelah petan sebab masa tu orang dah tak ramai. Kul berapa patut pergi ek? Dan bajet berapa jam baru puas hari. Aku akan pergi april tahun ni, so nak bajet timing.

hidayahrodhi berkata...

BK,
Hari tu kitorg sampai sini dalam pukul 12tghr macam tu. Orang mmg ramai dekat kawasan pintu masuk tu, tapi bila dah masuk ke dalam2 tu tak delah ramai sngt pun sebab besarkan ladang ni. Ok je nak ambik gmabar,tp org ramai slalunya dekat kawasan2 pavilion, cafe dengan dekat kawasan kincir air tu.

rasanya kalau tiga or empat jam ok dah nak cover ladang ni. tapi kalau nak masuk ke kawasan ladang yg dia tanam tu mayb kena budjet masa lebih sikit lah kot.kitorg lima jam hari tu sbb jalan dengan begitu santai sekali.