Rabu, 23 Julai 2014

Spring Break 2014 : Atomium

Saturday | 3 May 2014

Day 8 : Brussels ---> Heysel/Heizel : Atomium

Setelah kami sampai di Gare du Midi, kami terus membeli tiket metro line 6 untuk ke Heysel/Heizel. Masa kami sampai dekat kaunter,terus pekerja tu bagi salam, Muslim pak cik ni rupanya. Senyum lebor la kami. Dia siap tanya daripada mana dan tanya adakah kami mempunyai duit yang bernilai satu euro dalam ringgit Malaysia. Sorry pakcik, kami tiada duit RM 1. Keciwa dia sebab dia cakap dia suka kumpul duit yang bernilai satu ringgit dalam pelbagai negara. Negara Malaysia masih belum diperolehi. Tak pe pakcik nanti akan ada orang Malaysia bagi dekat pak cik ye. Jangan putus asa!

Perjalanan petang ini adalah untuk melihat bangunan Atomium. Bangunan ini pada asalnya dibina semasa Expo pada tahun 1958 oleh Arkitek Andre and Jean Polak. Namun setelah habis expo, kerajaan Belgium mengambil keputusan kekalkan bangunan yang berketinggian 102 meter ini. Disebabkan kami sampai pun dan hampir ke jam 6.00 petang, maka kami tidak masuk ke dalam bangunan ini. Hanya berlegar-legar dikawasan luar sahaja.



Petang yang cerah


In black & white

Bangunan ini telah dibaik pulih semasa tahun 2004




Sculpture merah yang sungguh terang seperti berkata, Hey people look at me!


Seketul merah biji saga

Kami!

Dengan ini selesai sudah pengambaraan kami di bumi Belgium. Esok kami akan menaiki train untuk ke negara jiran iaitu Luxembourg. Sebelum keluar dari Gare du Midi, kami membeli siap-siap tiket tersebut agar tidak kelam kabut dipagi hari.
Location: Atomium, Avenue de l'Atomium, 1020 Brussels, Belgium

6 comments:

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

nice3 sharing...

HiDayah@GM berkata...

MKL,
Tq soo much! harap dpt lah sedikit sebanyak ilmu daripada cacatan perjalanan ni.

Jari Manis berkata...

bagi JM la kan..sesuai sgt Dayah pegi tempat2 mcm2 ni tau sbb bulding dan senibina dorang unik sgt..ishh...ya Ampun JM dh lama berangan nk ke sana tapi duit tak pernah nk cukup huhuh

HiDayah@GM berkata...

JM,
dulu masa belajaq mmg itulah nasihat pensyarah...kena jalan2 baru kita dpt bnyk ilmu dan idea.

In sha Allah, ada rezeki tu nnt JM

hafeeza shafiqca jamil berkata...

Salam.. Berapa ye harge tiket nak ke atomium tu dari gare du midi?

HiDayah berkata...

Hafeeza,
Wsalam..kalau beli return seorang 4euro utk weekend.