Isnin, 21 Julai 2014

Spring Break 2014 : Groot Begijnhof, Leuven

Saturday | 3 May 2014

Day 8 : Leuven ---> Grand Beguinage

Grand Beguinage atau dalam bahasa Dutch dikenali sebagai Groot Begijnhof. Kawasan ini merupakan kawasan untuk Beguines dimana seakan-akan seperti Convent tapi mereka yang memilih untuk tinggal disini bukan lah nun dan mereka tidak tertakluk kepada angkat sumpah sebagai nun yang tidak boleh berkahwin. Mereka juga bebas untuk pindah keluar dari tempat ini bila-bila masa sahaja dan berkahwin seperti orang biasa. Namun kini, kawasan ini adalah hak milik pihak university dan telah dijadikan sebagai kediaman pelajar dan juga rumah tumpangan bagi pelawat university.Ha, gitew sejarah tempat ini. Kalau nak tahu dengan lebih detail sila lah klik pada link yang telah disediakan.

Perjalanan daripada Leuven Station ke sini tidak lah terasa jauh disebabkan kami singah dibeberapa tempat yang lain sebelum sampai ke sini. Kawasan ini berada dalam satu kawasan yang bertembok. Kenderaan yang dibenarkan masuk hanyalah basikal. Agak menggagau juga kami mencari tempat ini, akhirnya berjaya jumpa tapi melalui pintu belakang bukan dari main gate. Main gate menjadi laluan keluar kami daripada kawasan yang tenang ini.

Apa yang menarik ialah kawasan ini seolah seperti bandar kecil yang tersendiri. Sepanjang kami menjelajah bandar kecil ini, sesekali terserempak dengan beberapa tourist. Kadang-kadang laluan sunyi sepi hanya kedengaran bunyi burung atau bungi sungai Dyle yang mengalir melalui bandar ini. Aman damai rasanya hati.

Papan tanda yang berjaya dijumpa sebelum memasuki kawasan ini. Info tidak boleh difahami kerana English tidak disertakan bersama. So sad!

Keadaan tenang aman damai disini dan persekitaran senibina lama yang berjaya dikekalkan manjadikan tempat ini famous untuk dijadikan lokasi outdoor bagi pasangan pengantin. Ada empat pasang pengantin kami terserempak disini. Tanpa bercerita lebih panjang, jom lihat ada yang terdapat dalam kawasan bandar ini.

Timber frame

Senibina yang simple tapi menarik sebab penggunaan batu-bata merah

Best kot dapat asrama macam ini punya rupa


Handsome kan! Bukan tingkap dekat atas tapi awak yang berbaju coklat ditengah itu, Hai!

Lama tak tengok telaga

Sumber air bersih zaman dahulu


Laluan jalan yang sangat bersih

Bersih dan sunyi

Kenderaan ini sahaja yang dibenarkan

Bestkan, pergi sekolah naik basikal lepas tu dapat tinggal dalam rumah cantik

Basikal pun tulis Leuven

Selain itu, terdapat beberapa taman dalam kawasan ini

Ada kerusi di sekitar kawasan taman, boleh la nak lepak lepaskan penat berjalan 

Tenang sangat rasanya

Rumah disekitar kawasan taman


Pada tahun 1998, kawasan ini termasuk dalam senarai World Heritage Site

Selamat Pengantin Baru!

Perjalanan pulang ke Leuven Station kami menggunakan jalan lain untuk sampai ke square di Town Hall Leuven. Nasihat untuk yang nak menaiki basikal, kawasan Leuven ini tidak serata negara Belanda, jadinya ada tempat yang perlu usaha keras sedikit ye.

Sampai di Leuven Station, kami tidak perlu menunggu lama kerana train banyak untuk ke Gare du Midi sebabnya semua train akan berhenti disitu. Seperti biasa, tiada pekerja yang datang periksa tiket masa datang dan pulang. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke kawasan Heysel/Heizel, Brussels.

p/s : Cepatnya Ramadhan sudah sampai ke hari-hari terakhir, semoga amalan kita semua diterima olehNya. Ameen.                Dugaan besar buat umat Islam di Gaza dan tidak lupa juga kepada mangsa tragedi MH17. Alfatihah.
Location: Leuven, Belgium

2 comments:

Jari Manis berkata...

a'ahh..ketiga2 nya boleh tahan...tapi JM paling suka tgk yg paling kanan sekali heeee...

hidayahrodhi berkata...

MKL,
sharing is caring gitew

JM,
Nasib baik x sama, kalau tak boleh perang berebut..hehe